Kemasukan Dana Ke Dalam Negara Membangun Adalah Fokus G-20

67

Pertumbuhan pantas dalam sektor pengurusan dana sejak krisis kewangan kini mencecah $75 trillion dalam nilai aset setakat tahun 2015 atau 40% dari aset kewangan di dunia, adalah satu perkembangan yang baik, kata Pengerusi Lembaga Kestabilan Kewangan, Mark Carney pada Isnin.

Isu yang penting ketika ini ialah penawaran aset-aset dalam jumlah yang besar merentasi sempadan ke dalam ekonomi membangun, kata Carney.

Kebimbangan adalah ketika kecairan atau kemampuan untuk menjual aset bagi pembayaran kepada pelabur adalah lebih baik berbanding dalam keadaan di bawah tekanan contohnya ketidaktentuan ekonomi.

“Persoalannya adalah apa kesan daripada hal ini jika ada perubahan mendadak dalam pasaran, ia akan mengurangkan kecairan,” kata Carney.

Awal tahun ini, Lembaga Kestabilan Kewangan mengeluarkan langkah-langkah dalam mengelak risiko ini dalam sektor pengurusan dana.

Pemerhati yang dipengerusikan oleh Carney ini telah membangunkan rangka kerja bagi pengurus-pengurus dana besar seperti bank yang memerlukan mereka memenuhi syarat yang lebih ketat.

Carney berkata, jika rangka tersebut telah diimplementasikan, Lembaga Kestabilan Kewangan akan melihat sama ada risiko-risiko yang timbul selepas itu di dalam sektor pengurusan dana ini perlu ditangani atau sebaliknya. Namun, Carney berkata jawapannya adalah tidak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat