Kenyataan Dovish RBNZ Menekan Matawang NZD Pada Khamis

389

Dolar New Zealand (NZD) jatuh ke paras terendah sebulan yang lalu berbanding US dolar pada Khamis selepas penetapan polisi monetari RBNZ pukul 4 pagi tadi.

Bank pusat New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar faedahnya di paras 1.75% pada Khamis sejajar dengan jangkaan pasaran. Dalam pengumuman polisi monetari itu RBNZ (Reserve Bank of New Zealand) turut mengeluarkan kenyataan polisi suku-tahunan.

Apa yang agak mengecewakan adalah bank pusat mengekalkan ramalan kenaikan kadar faedah pertama pada suku kedua 2019. Secara keseluruhan, bank pusat melihat masih banyak ketidaktentuan dalam ekonomi.

Kekecewaan pelabur ditambah lagi dengan ramalan inflasi di mana jangkaan untuk sasaran 2% dicapai menjadi semakin lewat. Sebelum ini bank pusat menjangka sasaran inflasi 2% itu dapat dicapai pada suku kedua 2018, tetapi kali ini ia dijangka dicapai pada suku ketiga 2020.

Dolar New Zealand (kiwi) jatuh secara menyeluruh dengan pasaran melihat kenyataan kali ini adalah lebih ‘dovish‘.

Pembantu Gabenor RBNZ, John McDermott berkata bahawa tindakan seterusnya oleh bank pusat boleh jadi menaikkan atau menurunkan kadar faedah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat