Kenyataan Rasmi ECB Dalam Penetapan Polisi Pada Khamis

50

European Central Bank (ECB) mengekalkan polisi seperti yang dijangka dengan kadar faedah di paras terendah -0.1% dan juga tiada sebarang perubahan dalam pembelian aset. Kenyataan awal juga menunjukkan nada dovish walaupun spekulasi sebelum ini menjangka ECB akan mengurangkan kecenderungan pelonggaran.

Di samping kadar faedah yang dikekalkan, bank pusat juga mengekalkan jumlah pembelian aset berjumlah 60 billion Euro sehingga hujung tahun ini atau “melebihi daripada itu, jika perlu”.

“Ahli-ahli ECB juga menjangka kadar utama polisi akan kekal pada paras semasa atau lebih rendah lagi dalam satu tempoh di masa akan datang,” dalam kenyataan polisi yang dikeluarkan sebentar tadi.

Kesimpulan dari kenyataan polisi menunjukkan ECB masih mengekalkan frasa atau bait-bait perkataan yang menggambarkan bank pusat masih melihat kebarangkalian kepada tambahan rangsangan monetari.

“Jika keadaan menjadi kurang baik, atau jika keadaan pasaran kewangan menjadi tidak konsisten dengan pergerakan menuju perubahan inflasi yang kukuh, Governing Council bersedia untuk meningkatkan program pembelian bon dari segi masa atau jumlah,” tegas ECB, yang mengesahkan bank pusat masih terbuka untuk menambah pelonggaran polisi jika diperlukan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat