Kenyataan Terkini Luno Terhadap Siasatan Yang Dijalankan Oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri

3,294

Luno pusat tukaran matawang crypto terkenal di Malaysia mengeluarkan kenyataan terbaru mereka semalam tentang status terkini akaun bank mereka di Malaysia.

Dalam kenyataan terbaru itu Luno mengatakan mereka terus memberi kerjasama kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tentang siasatan yang dibuat.

Dalam kenyataan mereka, Luno sendiri mengakui pihak berkuasa percukaian di negara-negara lain semakin memberi perhatian kepada platform dagangan matawang crypto termasuk pelanggan-pelanggan mereka. Terbaru adalah pihak berkuasa Korea Selatan yang telah memulakan siasatan terhadap bursa matawang crypto tempatan sejak minggu lalu.

Luno menjelaskan tentang kerjasama yang mereka berikan terhadap siasatan oleh LHDN. Luno berusaha memberi kefahaman tentang bagaimana dunia matawang crypto ini bergerak secara keseluruhan khususnya bagaimana Luno ini berfungsi dalam dagangan matawang digital.

LHDN sendiri sedar dana yang dipegang oleh Luno adalah kepunyaan pelanggan-pelanggan mereka yang terjejas di Malaysia berikutan siasatan yang dijalankan oleh mereka.

Sekali lagi, Luno menggesa semua pelanggannya di Malaysia supaya mematuhi undang-undang percukaian termasuk pengisytiharan terhadap keuntungan daripada dagangan.

Akhir sekali, Luno akan terus cuba menyelesaikan perkara ini dan menegaskan bahawa pelanggan-pelanggan Luno masih boleh membeli, menjual, menghantar dan menerima matawang digital seperti Ethereum dan Bitcoin dengan baki Ringgit yang ada dalam akaun Luno. Semua baki wang yang ada adalah selamat di bawah Luno dengan perkhidmatan yang lain terus berjalan seperti biasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat