Kisah Si Penari Ballroom Yang Bergelar Jutawan Pelaburan

2,280

Nicolas Darvas dilahirkan pada tahun 1920 di Hungary. Ketika negara kelahirannya diserang oleh tentera Nazi, beliau dan kakaknya, Julia telah melarikan diri ke Amerika Syarikat. Seterusnya, pasangan dua beradik ini menubuhkan sebuah pasukan penari ballroom serta mengembara ke seluruh dunia.

Pada tahun 1943, mereka menjadi salah sebuah pasukan penari yang profesional dan terkemuka. Di samping menjadi seorang penari, Nicolas meluangkan masa lapangnya dengan mempelajari tentang dunia pelaburan. Beliau telah membaca lebih daripada 200 buah buku berkenaan strategi pelaburan.

Berbekalkan ilmu pengetahuan yang dimiliki, Nicolas mula melabur di bursa saham New York dan Kanada serta berjaya mengaut keuntungan berganda selama 52 minggu.

Namun begitu, keuntungan tersebut tidak bertahan lama apabila sistem pelaburan yang diciptanya gagal hingga mengakibatkan kerugian. Tanpa mengenal erti putus asa, Nicolas memperbaiki sistem ciptaannya dan tercetus sebuah idea untuk menghasilkan Darvas Box.

Uniknya, dengan penggunaan Darvas Box, Nicolas mampu menjana keuntungan sebanyak $2 juta dalam masa 18 bulan dengan hanya menggunakan modal sebanyak $10,000! Hebat!

Berdasarkan pengalamannya itu, Nicolas turut menulis sebuah buku yang berjudul ‘How I Make $2,000,000 in The Stock Market’.

Kini, strategi Davas Box masih diguna pakai oleh kebanyakan pelabur meskipun Nicolas Davas telah meninggal dunia pada tahun 1977.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat