Komoditi Berharga Memulakan Rentak Perlahan Dalam Sesi Eropah

63

Emas meneruskan dagangan lebih rendah pada Jumaat, namun masih kekal berhampiran paras tertinggi dalam tempoh dua minggu gara-gara kelemahan US Dollar.

Di Comex, gold futures menurun sbanyak 0.09 peratus pada $1,226.05, tidak jauh dari nilai tertinggi dalam tempoh dua minggu iaitu $1,231.40.

US Dollar melemah selepas dasar Fed dilihat kurang agresif daripada apa yang dijangkakan terhadap unjuran kenaikan kadar yang selanjutnya pada tahun 2017.

Fed seperti yang dijangka telah menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 1.00 peratus daripada 0.75 peratus sebelum ini.

US Dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar mula stabil pada 100.07.

Kelemahan US Dollar biasanya memberi manfaat buat logam kuning kerana ia dinilai berbanding matawang gergasi.

Kini, tumpuan pasaran juga mula bertumpu kepada laporan sentimen pengguna yang akan diumumkan malam ini.

Bagi perdagangan logam lain, silver futures menjunam 0.31 peratus kepada $17.282 satu troy ounce manakala niaga copper menurun sebanyak 0.58 peratus.

China Ada Agenda Penting Untuk dibincangkan Dengan Australia

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat