Lebih Tenang, Beberapa Eksekutif Dan Firma Kripto Kini Bertapak Di Singapura Pula!

910

Beberapa golongan kripto global mula berpindah ke Singapura ketika sektor ini dicengkam sistem perundangan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan China.

Antara figura terkenal yang terlibat berpindah ke hub kewangan Asia termasuklah pengasas Binance, Changpeng Zhao. Di Singapura, perdagangan Binance adalah bebas cukai. Sejak dari bulan lepas lagi mereka telah mengiklankan lebih 200 peluang pekerjaan di negara itu.

Tidak ketinggalan juga perintis plaform kripto Gemini, kembar Winklevoss sedang giat menambah tenaga kerja di Singapura sejak pembukaan pejabat baru pada Jun. Dijangka firma itu akan memiliki 50 pekerja menjelang akhir 2021.

Sementara pengasas Ethereum, Vitalik Buterin juga sedari awal sudah lama berada di Singapura sejak 2020.

Setakat ini masih belum ada tanda-tanda negara metropolitan itu akan mengeluarkan lesen terhadap firma kripto. Sebaliknya beberapa pemain terbesar industri diberi pengecualian untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelabur runcit dan institusi tempatan.

Singapura boleh dikatakan antara negara yang mesra kripto.

Misalnya Monetary Authority of Singapore (MAS) telah mempermudahkan sekumpulan matawang kripto luar mewujudkan penempatan tetap dan menyediakan perkhidmatan di negara itu, walaupun tidak dinafikan terpaksa berhadapan dengan kekangan perdagangan.

Malah, Stock Exchange of Singapore juga telah memperkenalkan dua indeks matawang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat