Lima News Besar Tumpuan Pasaran Pada Minggu Ini (20-24 Ogos)

850

Rundingan perdagangan AS dan China akan menjadi perhatian utama pasaran pada minggu ini yang berlangsung pada 22-23 Ogos ini. Ketegangan perdagangan antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia ini telah berlangsung sejak beberapa bulan lepas yang dibimbangai akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi global.

Dalam perkembangan isu perdagangan, pegawai Eropah akan bertemu dengan pegawai dari Amerika Syarikat di Washington pada Isnin. Selain itu, rundingan NAFTA antara AS-Mexico juga akan bersambung pada Isnin.

Krisis kewangan di Turki juga akan terus diteliti walaupun semua pasaran negara islam ditutup sempena cuti Hari Raya Haji pada Rabu.

Berikut adalah lima event yang akan menjadi perhatian utama pasaran pada minggu ini.

#1 Rundingan Perdagangan AS-China (Rabu – Khamis)

9 orang delegasi daripada China yang diketuai oleh Menteri Perdagangan Wang Shouwen akan mengadakan mesyuarat bersama pegawai Amerika Syarikat David Malpass di Washington. Ini adalah rundingan peringkat bawahan yang dijangka akan membuka jalan kepada pertemuan peringkat tertinggi jika semua berjalan dengan baik.

Kedua-dua negara AS-China masing-masing telah mengenakan tariff berjumlah $34 billion dan pasaran bimbang jika ia berlarutan akan mencetuskan perang dagang berskala besar.

#2 Minit Mesyuarat FOMC (Khamis)

Minit ini akan dikeluarkan pada pukul 2 pagi Khamis. Federal Reserve bersetuju untuk mengekalkan kadar faedahnya dalam mesyuarat baru-baru ini dan kekal optimis dengan keadaan ekonomi dan pasaran menjangka bank pusat akan menaikkan kadar faedahnya pada September. Tiada kenyataan yang dikeluarkan oleh Fed yang menjurus kepada isu perdagangan global sebelum ini, dan pasaran akan cuba mendapatkan lebih banyak maklumat tentang halatuju pengetatan monetari di masa hadapan.

#3 Data Flash PMI Zon-Eropah (Khamis)

Data ini akan dikeluarkan pada Khamis pukul 4 petang. Data ini penting untuk dilihat kerana ia menggambarkan keadaan semasa ekonomi di Zon Eropah. Indeks yang menganggar kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan akan menjadi petunjuk kepada pasaran tentang tahap kesihatan ekonomi Zon Eropah. Data ini penting, khususnya untuk pasaran melihat kecenderungan bank pusat ECB dalam penetapan dasarnya di masa akan datang.

#4 Data Durable Goods AS (Jumaat)

Data ini akan dikeluarkan pada Jumaat pukul 8.30 malam. Ini adalah data ekonomi penting yang akan menyediakan maklumat kepada Fed tentang pelaburan syarikat dan halatuju jangka panjang ekonomi. Sebelum ini tempahan barangan durable (barangan tahan lama) meningkat 0.8% pada bulan Jun. Data ini penting kerana ia juga termasuk dalam bacaan pertumbuhan ekonomi (GDP).

#5 Perhimpunan Jackson Hole (Jumaat – Ahad)

Tumpuan pasaran adalah kepada ucapan oleh Pengerusi Fed Jerome Powell pada Jumaat. Perjumpaan tahunan yang berlangsung di Wyoming ini biasanya akan menjadi perhatian pasaran untuk mendapatkan maklumat tentang halatuju dasar monetari bank pusat global. Sebelum ini, bekas pengerusi Fed Ben Bernanke dan Draghi sering memberi isyarat tentang keadaan ekonomi dan halatuju dasar bank pusat mereka. Adakah komen gabenor bank pusat akan menggerakkan pasaran? Sama-sama kita tunggu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat