Lima Perkara Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Global Hari Ini

35

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam sesi awal pasaran Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menarik hari ini ialah:

1) Presiden Trump akan mengumumkan perancangan cukai beliau terhadap perubahan percukaian di Amerika Syarikat pada Rabu. Beliau akan mengurangkan cukai dari segi individu dan juga potongan cukai korporat sehingga 15%, menurut pegawai di White House.

2) Kesatuan Eropah menunjukkan isyarat sukar pendirian mereka dalam rundingan Brexit berkaitan hak rakyat EU dan mengehadkan perkhidmatan kewangan dalam perancangan mereka. UK juga berhadapan dengan yuran sebanyak dua billion Euro sebelum rundingan Brexit dimulakan.

3) Minyak WTI (west texas intermediate) didagang di sekitar $49.50 pada masa artikel ini ditulis dengan pasaran minyak mentah global masih gagal memulih setakat ini selepas jatuh dari paras tertinggi dua minggu lalu dari $54.07. Pasaran ini telah berhadapan dengan tekanan jualan yang tinggi sejak beberapa sesi dagangan lepas berikutan kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran dari Amerika Syarikat.

4) Korea Utara terus menyumbang kepada ketegangan geopolitik selepas mereka menjalankan latihan fire-drill terbesar dalam ulangtahun ke-85 tentera mereka. Presiden Trump akan memberi taklimat kepada semua ahli Senat US bagi membincangkan situasi yang berlaku di Korea Utara. Trump juga menggesa PBB untuk menyelesaikan masalah ini pada Isnin dan membuat sekatan baru kepada negara itu.

5) US akan mengenakan cukai baru sebanyak 20% kepada eksport kayu balak dari Kanada. Tindakan ini akan memberi kesan kepada import yang berjumlah kira-kira $5.66 billion dengan kedua-dua negara Kanada dan Mexico sedang bersedia untuk merundingkan semula perjanjian NAFTA yang dimeterai 23 tahun lalu. Ketika ini dolar Kanada melemah berterusan sejak Isnin dengan Usd/Cad kini telah naik hampir 160 pip sejak Isnin.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat