Lima Perkara Yang Anda Perlu Tahu Dalam Pasaran Hari Ini

890

Ini perkara-perkara yang anda perlu tahu dalam pertengahan sesi Eropah sehingga pembukaan pasaran New York malam ini. Antara yang menjadi perhatian pemain pasaran hari ini ialah:

#1 Jerome Powell akan menyambung keterangannya di Kongres pada Rabu. Pengerusi Federal Reserve yang baru ini memberi keterangan di hadapan Jawatankuasa Perbankan Kongres A.S. pada Selasa dengan komen yang positif terhadap keadaan semasa ekonomi Amerika Syarikat. Malam ini berkemungkinan sekali lagi US dollar akan digerakkan oleh komen-komen beliau di Kongres, tetapi kesannya mungkin agak minima berbanding semalam.

#2 Keyakinan Powell telah melonjakkan matawang US dollar sejak Selasa. Pengukuhan US dollar semalam bermula sejak sebelum keterangan Powell lagi, dan ia semakin mengukuhkan kedudukan apabila Powell memberikan komen-komen yang positif terhadap jangkaan kenaikan kadar faedah The Fed pada tahun ini.

#3 Pasaran komoditi tertekan disebabkan pengukuhan matawang US dollar. Secara keseluruhan, harga komoditi utama dunia membuat penurunan dengan harga minyak mentah ketika ini sedang melemah menjelang laporan data inventori dari Amerika Syarikat pada pukul 10.30 malam.

#4 Matawang GBP meneruskan kejatuhan selepas data inflasi (CPI) di United Kingdom meningkat pada kadar perlahan untuk bulan Jun yang menambah dilema kepada Bank of England (BoE) untuk menaikkan kadar faedahnya bulan hadapan. Pejabat Statistik UK melaporkan peningkatan inflasi tahunan 2.40% sejajar dengan bacaan sebelum ini, tetapi meleset daripada jangkaan pasaran 2.60%.

#5 Saham dunia mencapai paras tertinggi sebulan yang lepas pada Rabu berikutan komen positif bank pusat Amerika Syarikat dan juga peningkatan pendapatan syarikat-syarikat. Indeks saham Wall Street meningkat pada hari Selasa, dengan Dow Jones Industrial Average (DJI) mencatatkan keuntungan keempat berturut-turut selepas analisis optimis Powell terhadap ekonomi U.S

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat