Lonjakan Covid-19 China ‘Kacau’ Sentimen, Ini Jadi Pada Pasaran!

357

US dolar kekal melemah pada sesi Eropah dengan pergerakan harga mendatar pada sekitar paras terendah satu minggu berbanding mata wang utama.

Sesi dagangan Eropah dihiasi dengan penerbitan data inflasi UK yang terus menunjukkan peningkatan pada bulan Jun dengan mencecah paras tertinggi 40 tahun baharu kepada 9.4%.

Bagaimanapun, pound gagal memberi reaksi untuk meningkat lebih tinggi susulan data tersebut, menyaksikannyakekal didagangkan pada sekitar harga 1.2000 berbanding US dolar.

Sebelum ini, Gabenor Bank of England (BOE) telah memberitahu bahawa kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas mungkin dipertimbangkan pada mesyuarat polisinya bulan depan.

Sentimen pasaran kembali terkesan dengan laporan mengenai China yang mencatatkan lebih 1000 kes Covid-19 pada Rabu, menyebabkan pelabur bimbang bahawa pihak berkuasa akan memperkenalkan langkah sekatan tambahan.

Ini sedikit memberi impak buat dagangan mata wang sensitif risiko, membantutkan kenaikan yang dicatatkan dolar Aussie dan kiwi.

Namun, pendirian bank pusat Australia dan New Zealand untuk meneruskan tindakan agresif dalam menaikkan kadar faedah, membantu menyokong kedua-dua mata wang itu daripada memadamkan keuntungan.

Kenaikan euro juga terhenti, tetapi kekal didagangkan lebih tinggi didukung oleh jangkaan untuk peningkatan kadar lebih tinggi daripada dijangkakan oleh Bank Pusat Eropah (ECB).

Dolar Kanada turut menguat ketika tumpuan pelabur kini beralih kepada data inflasi Kanada yang bakal dikeluarkan pada sesi New York nanti.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat