Matawang Utama Masih ‘Terciduk’, USD Kekal Juara

531

US dolar terus mempertahankan pengukuhan lebih tinggi ketika kebimbangan terhadap gelombang kedua coronavirus di Eropah telah mendorong penjualan kesemua matawang utama.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan matawang utama didagangkan melonjak sehingga mencecah paras ketinggian 6 minggu pada awal dagangan sesi Asia pada 93.547.

Matawang utama mempamerkan penurunan ketara ketika awal sesi Eropah pada Isnin diikuti dengan kejatuhan dalam pasaran saham yang terutamanya dipacu oleh penjualan dari saham kewangan berikutan skandal memalukan melibatkan HSBC dan juga terkesan oleh kebimbangan terhadap lebih banyak sekatan Covid-19 akan dilaksanakan di Eropah.

Peningkatan US dolar menyebabkan kejatuhan matawang komoditi dengan dolar kiwi mendahului penurunan berikutan kekhuatiran pelabur menjelang mesyuarat polisi Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada pagi esok berhubung isu perlaksanaan kadar faedah negatif.

Sementara dolar Aussie juga mencatatkan kemerosotan lebih rendah di mana ia turut dipengaruhi oleh hubungan dengan Beijing yang semakin memburuk apabila semakin banyak pelabur Australia kini dilihat berpaling tadah daripada syarikat China.

Dalam pada itu, matawang pound terus memanjangkan penurunan lebih rendah selepas ketua pegawai perubatan kerajaan, Chris Witty mengatakan jika trend peningkatan semasa terus berlanjutan, UK mungkin akan melihat hampir 50,000 kes baru setiap hari pada pertengah Oktober.

Ekoran daripada itu, Perdana Menteri boris Johnson dilaporkan sedang mempertimbangkan lockdown di seluruh negara selama dua minggu untuk membendung penularan.

Kebimbangan terhadap peningkatan ketara kes baru Covid-19 terutamanya di Sepanyol dan Perancis turut mendorong matawang euro untuk jatuh ke paras terendah, apabila beberapa sekatan telah dilaksanakan semula di beberapa kawasan.

Matawang yen Jepun telah mempamerkan prestasi terbaik bulan ini berikutan kegelisahan di pasaran saham telah mendorong permintaan terhadap tempat perlindungan. Bagaimanapun, disebabkan kenaikan US dolar, matawang itu merosot daripada paras tertinggi enam bulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat