Merkel Mahu Perjanjian Brexit Yang Baik Kepada Kedua-Dua Pihak

44

19 Jun adalah tarikh permulaan rundingan antara Britain dan EU selepas setahun referendum Brexit berlalu. Dengan pilihanraya umum juga telah dijalankan Theresa May pada 8 Jun yang bertujuan bagi mengukuhkan kedudukan, akhirnya Parti Konservatif kehilangan majoriti.

Semalam, Menteri Brexit David Davis dan Ketua Perunding EU Michael Barnier memulakan rundingan bagi menetapkan terma-terma rundingan selepas ini.

Dalam suasana yang agak tidak menentu Chancellor Jerman dilihat memberikan komen yang positif tentang harapan beliau terhadap rundingan ini.

Chancellor Jerman Angela Merkel pada Isnin berkata beliau mahu “perjanjian yang baik” antara Britain dan Kesatuan Eropah dalam rundingan Brexit.

“Bagi saya, Ia lebih daripada 27 negara ahli Kesatuan Eropah dan dengarkan baik-baik apa kemahuan dan harapan Britain,” kata Merkel di dalam sidang media selepas mesyuarat bersama Presiden Romania Klaus Lohannis.

“Dan perkara ini juga adalah tentang kemahuan kami dan bagaimana kita mendapat perjanjian yang baik. Tetapi adalah terlalu awal untuk membuat spekulasi tentang perkara ini. Saya mahu kami mencapai perjanjian yang baik dan ini lah yang dimahukan kedua-dua pihak,” tambahnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat