Mesyuarat FOMC Menjelma, USD Apa Khabar?

566

US dolar susut selepas data terbaru menunjukkan pembukaan pekerjaan Amerika Syarikat (JOLTS) merosot pada bulan Mac, ketika pasaran kini menantikan mesyuarat polisi FOMC.

Terbaru, Jabatan Statistik Buruh melaporkan pembukaan pekerjaan menurun buat bulan ketiga berturut-turut dan pemberhentian kerja pula meningkat ke paras tertinggi lebih 2 tahun.

Ia secara tidak langsung menunjukkan tanda-tanda bahawa pasaran buruh yang sebelum ini kukuh, mula mereda susulan kadar faedah yang tinggi telah memberi impak.

Data itu datang ketika pasaran cuba menilai sama ada Federal Reserve (Fed) akan memberi petunjuk untuk menghentikan kenaikan kadar faedahnya pada mesyuarat pada awal pagi Khamis nanti.

Rentetan daripada itu, mata wang gergasi US dolar mencatat penyusutan berbanding kebanyakan pesaing utamanya, dengan indeks dolar didagangkan pada sekitar harga 101.80.

Sementara itu, mata wang euro pula kembali pulih untuk meningkat semula di atas paras harga 1.1000 susulan kejatuhan yang dicatatkan selepas data inflasi diterbitkan pada sesi Eropah.

Pelabur kini berbelah bahagi sama ada Bank Pusat Eropah (ECB) akan menaikkan kadar faedah sebanyak 50 mata atau 25 mata asas pada mesyuarat polisi hari Khamis.

Meneliti dagangan mata wang Asia, kenaikan dolar Aussie didagangkan sedikit berubah setelah mengurangkan sebahagian keuntungannya yang diraih ekoran keputusan mengejut bank pusat Australia (RBA).

RBA tanpa dijangka meningkatkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 3.85% pada Selasa, meleset daripada jangkaan bahawa bank pusat itu akan mengekalkannya tidak berubah.

Tumpuan pelabur seterusnya terarah kepada terbitan data pekerjaan ADP AS sektor swasta yang bakal dijadikan petunjuk laporan NFP akan datang, dengan keputusan mesyuarat polisi FOMC turut menjadi perhatian.

Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat