Mining Pool Ethereum Ke-4 Terbesar Pula Mahu Ditutup?

1,185

Domino effects benar-benar berlaku rupanya selepas dikhabarkan mining pool Ethereum ke-4 terbesar dunia bakal ditutup ekoran daripada tekanan daripada kerajaan dan penguatkuasaan China terhadap sektor kripto baru-baru ini.

BeePool yang bertapak di China mengumumkan khabar duka ini semalam sebagai tanda patuh dengan polisi perundangan terbaru.

Pengumuman tersebut berkuatkuasa segera, diikuti dengan penamatan pendaftaran pengguna baharu dan penambahan sub-akaun bagi pengguna sedia ada.

Tidak cukup dengan itu, kesemua pelayar akses perlombongan kripto dijangka akan dihentikan bermula 15 Oktober ini.

BeePool merupakan mining pool kedua selepas SparkPool berbuat demikian sejak Ahad, memaklumkan akan menamatkan perkhidmatan bagi domestik dan antarabangsa bermula 30 September. Kedua-dua mining pool ini merangkumi lebih daripada satu suku hashrate Ethereum.

Keputusan China mengharamkan sebarang aktiviti yang melibatkan matawang kripto bukan hanya menjejaskan sektor mining tetapi turut memberi kesan kepada beberapa pertukaran kripto.

Misalnya Binance dan Huobi yang terpaksa memadam ribuan akaun pengguna China. Begitu juga Alibaba yang sudah tidak mahu menyokong perdagangan peralatan perlombongan kripto di platformnya.

Malah website pasaran kripto, CoinGecko, TradingView dan CoinMarketCap telah disekat China bermula semalam.

Ketika penulisan, Ethereum mencatatkan penyusutan lebih 3% dalam 24 jam dengan nilai dagangan semasa $2,861. Aset ini juga mencatatkan penurunan lebih 34% daripada rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH), $4,362 yang direkod pada 12 Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat