Minyak, Pasaran Saham Mengakhiri 2016 Dengan Peningkatan Mengejutkan

68

Harga minyak mencatatkan kenaikan lagi pada hari ini dalam sesi dagangan terakhir 2016 dan sedang mencatatkan kenaikan tertinggi sejak 2009. Pasaran ekuiti global juga telah meningkat hampir 6% sepanjang tahun ini walaupun masih ada kebimbangan terhadap pertumbuhan yang perlahan di China.

Perkembangan politik juga telah banyak memberikan impak kepada pasaran global seperti undian Brexit dan pemilihan Donald Trump sebagai Presiden U.S. telah melonjakkan pasaran saham di US.

Tetapi di antara kebanyakan instrumen, minyak adalah paling banyak meningkat.

Minyak Brent (Brent-oil) telah melantun dari paras terendah sebanyak 50% selepas tiga tahun kejatuhan. Kenaikan banyak disumbangkan oleh pemotongan bekalan minyak oleh OPEC.

Selain itu, komoditi yang banyak mencatatkan keuntungan adalah zink, steel dan getah yang meningkat hampir 60% selepas mengalami kejatuhan yang teruk tahun lalu.

Jika dilihat semula secara keseluruhan, bon kerajaan-US satu-satunya aset yang tidak memberikan kenaikan yang positif pada 2016 dengan ekuiti dan komoditi mendapat sokongan yang begitu kuat dari rangsangan ekonomi 1 trillion Trump.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat