Mood ‘Risk On’ Mengambil-Alih Pasaran, Emas Menjunam!

45

Harga emas menyusut pada Rabu dengan kenaikan pasaran ekuiti dan peningkatan hasil-bon dengan tekanan kepada penjualan emas berterusan sehingga hari ini. Berikutan itu, kita dapat melihat penguatan semula US dolar ketika ini.

Nampaknya, citarasa pelabur kepada pelaburan yang lebih berisiko semakin meningkat sejak Rabu dengan lonjakan pasaran saham US. Selepas Dow Jones mencecah angka 20,000, kini S&P 500 pula mencapai rekod tertinggi.

Keyakinan dalam pasaran global semakin pulih selepas pasaran berhadapan dengan ketidaktentuan beberapa minggu lepas. Jangkaan terhadap Trump yang akan merancakkan perbelanjaan dalam infrastruktur mampu meningkatkan permintaan did alam ekonomi US.

Permintaan terhadap instrumen bon US semakin berkurangan dengan hasil-bon 10 Tahun US bergerak di atas paras 2.50%. Begitu juga dalam hasil-bon Eropah dengan hasil-bon German berada di paras tertinggi 12 bulan lepas.

Ketika ini, permintaan emas sebagai ‘penyimpan nilai dalam ketidaktentuan pasaran’ dilihat semakin berkurangan, dengan harga kini berada di $1187.65, jatuh dari paras tertinggi pagi tadi $1202.25.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat