Nak Trade AUD? Anda Wajib Tahu Apa Minit Mesyuarat RBA Cakap

494

Reserve Bank of Australia (RBA) bersedia untuk melaksanakan lebih banyak rangsangan jika diperlukan setelah mengurangkan kadar faedah ke paras terendah pada mesyuarat polisi baru-baru ini.

Laporan minit mesyuarat yang diterbitkan RBA pagi ini, memperlihatkan bank pusat tidak akan melaksanakan kadar faedah negatif dan apa-apa bentuk tindakan selanjutnya selepas ini mungkin melibatkan peningkatan pembelian bon.

Para pembuat dasar telah bersetuju untuk menurunkan kadar faedah sebanyak 15 mata asas kepada 0.10% dan melancarkan program pembelian bon baru yang menyaksikan bank meningkatkan program pembelian bon sebanyak AS$100 bilion dalam tempoh enam bulan.

Menurut minit mesyuarat itu lagi, tumpuan bank pusat kini adalah kepada program pembelian bon kerajaan. Para pembuat dasar mengatakan bahawa mereka bersedia untuk melakukan lebih banyak langkah jika diperlukan.

Hal ini bergantung kepada bagaimana negara itu dapat membendung penularan coronavirus, dengan kejayaan relatif setakat ini telah membawa kepada prospek yang lebih baik daripada yang dibimbangi sebelum ini.

Pembuat dasar turut menekankan bahawa rangsangan monetari dan fiskal akan diperlukan untuk waktu yang lama dan berjanji untuk tidak meningkatkan kadar faedah sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Kenaikan pekerjaan dan pertumbuhan upah yang signifikan diperlukan untuk mengangkat inflasi kembali kepada sasaran RBA pada 2-3%, satu prospek yang dilihat masih jauh untuk dicapai memandangkan bank menjangkakan kadar pengangguran akan meningkat lebih tinggi pada 8% akhir tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat