Ngeri! Kekuatan USD Makin Menakutkan Mata wang Lain

585

US dolar kembali mendapat rentak untuk menyambung pengukuhan apabila pasaran melangkah masuk ke sesi Eropah dan terus membenam kebanyakan mata wang utama ke dasar lautan.

Pertama kali sejak Mei 2002, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback mencapai puncak ketinggian terbaharu 20 tahun pada 112.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Pasaran pada sesi Eropah telah menyaksikan kelembapan berterusan dalam aktiviti pembuatan dan perkhidmatan di Zon Eropah dan UK pada bulan September yang dilemahkan oleh penurunan permintaan dan kos yang tinggi.

Catatan menyuramkan ini telah menambahkan lagi derita buat mata wang euro dan pound yang sudah sedia terkesan dengan dagangan US dolar yang lebih kuat.

Dalam keterpaksaan, euro tenggelam ke dasar terendah baharu 20 tahun, manakala pound pula ke titik terlemah 37 tahun baharu berbanding dolar greenback.

Sementara itu, yen kembali goyah dengan peningkatan US dolar pada sesi Eropah, menyebabkannya terpaksa menghapuskan beberapa keuntungan yang diraih selepas campur tangan diumumkan oleh Jepun pada Khamis.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand juga kembali merosot ke paras terendah lebih dua tahun selepas terkesan dengan pengukuhan US dolar.

Kini, menjadi tumpuan pelabur seterusnya adalah penerbitan laporan perkhidmatan dan pembuatan Amerika Syarikat serta data jualan runcit Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat