Pandangan Kalendar Ekonomi Mingguan 13 – 17 Jul 2015

70

 kalendar-ekonomi-moshedfx

Greece terus mendominasi berita, dan minggu lepas berakhir dengan beberapa harapan, namun tiada yang pasti… pertarungan ekonomi Greece, keputusan “interest rate”ECB, inflasi dan jualan runcit AS, testimoni Yellen dan pelbagai keputusan “interest rate” semuanya menonjol sebagai berita ekonomi utama minggu ini.

Sedikit ulasan minggu lepas:

Krisis Grexit terus meningkat dengan undi NO yang jelas dalam referendum terbaru. Pemulihan bermula apabila persediaan telah dibuat untuk apa yang kelihatan sebagai tarikh akhir sebenar: Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah pada hari Ahad. Tekanan untuk penyusunan semula hutang timbul dan akhirnya Greece mengemukakan cadangan, yang terdiri daripada persetujuan pada penjimatan tetapi juga permintaan untuk pelan yang lebih panjang, satu pelan pelaburan dan yang paling penting perlepasan dana kecemasan. Euro bangkit tetapi masih ragu-ragu jika perjanjian akan dimeterai. Matawang ‘safe-haven’ Yen dan begitu juga Dollar AS mendapat permintaan, tetapi mereka berundur apabila keadaan seolah-olah telah bertambah baik.

Di Amerika Syarikat, Federal Reserve mengeluarkan minit mesyuarat Jun, yang menunjukkan kebimbangan mengenai krisis hutang Greece secara umum. Garis masa kenaikan “interest rate” turut dibincangkan, kerana data ekonomi yang bercampur-campur membuatkan lebih sukar untuk Fed memulakan apa-apa langkah pada bulan Jun. Ramai ahli majlis telah menentukan untuk menerima data yang lebih kukuh sebelum membuat keputusan untuk menaikkan “interest rate”. Pound jatuh pasca pembentangan bajet, tetapi berjaya pulih semula. Loonie terkesan dari harga minyak dan Australia mencapai paras terendah dalam kitaran ekoran krisis Cina dan keinginan RBA untuk AUD yang lebih rendah. Kedua-dua mata wang mendapat angka buruh yang positif.

Berikut adalah agenda utama dalam kalendar Forex minggu ini:

Jom kita lihat:

Hujung Minggu

Rundingan Greece: Eurogroup pada hari Sabtu dan Sidang Kemuncak Kesatuan Eropah pada hari Ahad dan tentatif Eurogroup pada hari Isnin. Seperti dikatakan pegawai tinggi EU Donald Tusk, ini mungkin tarikh akhir sebenar untuk mencapai persetujuan. Dengan cadangan penjimatan Greece pada dasarnya tunduk kepada tuntutan pemiutang, terdapat banyak keyakinan bahawa persetujuan sememangnya telah dicapai. Kesediaan Eurogroup pada hari Sabtu boleh menjadi tonggak. Dengan sokongan dari Perancis, kunci kekal di tangan Merkel dan seperti biasa, topik panas adalah penyusunan semula hutang. Jika dia bersetuju, Jerman akan berundur tetapi jika dia enggan, Jerman akan mendapati dirinya sendirian menentang Perancis dan IMF.  Ini menunjukkan bahawa ia hanya mahu Tsipras keluar dan tidak pernah berunding dalam niat yang baik. Dengan mengandaikan perjanjian, kita boleh mendapatkan sedikit kenaikan untuk Euro, kerana ini sudah difaktorkan. Jika tidak ada perjanjian, kejatuhan besar boleh berlaku.

Selasa, 4:30 Petang

Data inflasi UK:  Inflasi Britain meningkat semula pada bulan Mei, selepas menjadi negatif pada bulan sebelumnya. Angka rasmi menunjukkan harga meningkat 0.1% berikutan harga tiket penerbangan dan minyak yang lebih tinggi. Bacaan itu adalah sejajar dengan unjuran pasaran. Penganalisis menjangkakan inflasi akan kekal lemah dalam beberapa bulan akan datang dan akan kekal di bawah matlamat BOE sebanyak 2% hingga 2017. Walau bagaimanapun, harga yang rendah dan kenaikan upah adalah benefisiari dengan kewangan isi rumah. Inflasi UK dijangka meningkat sebanyak 0.1% pada bulan Jun.

Selasa, 5:00 Petang

ZEW Sentimen Ekonomi Jerman:  Indeks Sentimen Ekonomi Jerman jatuh kepada 31.5 pada bulan Jun, berikutan 41.9 yang dicatatkan pada Mei. Penganalisis menjangka bacaan yang lebih tinggi 37.5. Keadaan semasa turun kepada 62.9 daripada 65.7 dilaporkan sebulan lebih awal. Faktor-faktor luaran seperti krisis Grexit adalah sumber utama kebimbangan Jerman. Jerman ingin mengekalkan Greece dalam Euro-Zone untuk mengekalkan mata wang tunggal, tetapi ada suara-suara lain yang menyeru Grexit. Pakar ekonomi menjangkakan sentimen akan merosot kepada 30.6.

Selasa, 8:30 Malam

Jualan Runcit AS:  Rakyat Amerika meningkatkan perbelanjaan mereka di peruncit pada bulan Mei, membeli lebih kenderaan, pakaian dan bahan binaan. Jualan runcit meningkat selepas pelarasan musim kepada 1.2% berbanding 0.2% sahaja pada bulan April, menunjukkan pasaran pekerjaan terus bertambah baik sekaligus meningkatkan jualan. Bacaan secara amnya sejajar dengan ramalan pasaran. Dalam tempoh 12 bulan yang lalu, jualan telah meningkat 2.7%. Tidak termasuk kereta, jualan runcit teras meningkat kukuh 1% pada bulan Mei, manakala pakar ekonomi meramalkan peningkatan 0.7%. Jika trend ini berterusan, Federal Reserve boleh menaikkan “interest rate” pada masa akan datang. Jualan runcit dijangka meningkat 0.4%, manakala jualan runcit teras diramalkan naik 0.7%.

Rabu

Keputusan “interest rate” Jepun:  Bank of Japan mengekalkan dasar monetarinya dalam mesyuarat Jun lalu. BoJ akan terus memperluaskan asas kewangan pada kadar tahunan sebanyak ¥80 trilion dan meningkatkan kekerapan laporan tinjauan ekonomi untuk meningkatkan ketelusan. Kelembapan dalam eksport baru-baru ini, menimbulkan risiko kepada pertumbuhan ekonomi; tetapi Kuroda berkata inflasi kekal di landasan yang betul dengan mengikut sasaran BoJ. Ketua bank pusat Jepun itu mengulangi bahawa ekonomi Jepun pulih secara sederhana.

Rabu, 4:30 Petang

Data pekerjaan UK:  Bilangan rakyat Britain menuntut bantuan pengangguran menurun sebanyak 6,500 pada Mei, selepas menguncup 7,800 pada bulan sebelumnya. Ahli ekonomi meramalkan penurunan yang lebih besar daripada kejatuhan 12,500. Kadar pengangguran kekal pada paras tujuh tahun terendah sebanyak 5.5% dan upah meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh empat tahun. Bilangan penganggur jatuh 43,000 dalam tempoh tiga bulan hingga April, sekaligus menunjukkan pasaran buruh UK terus bertambah baik. Bilangan penganggur di UK dijangka merosot sebanyak 9,300 pada bulan Jun.

Rabu, 8:30 Malam

PPI AS: Indeks Harga Pengeluar AS meningkat 0.5% pada bulan Mei, berbanding kejatuhan 0.4% pada bulan April. Penganalisis menjangkakan kenaikan 0.4%. Pada asas tahunan, inflasi jatuh 1.1%. Kenaikan Mei ini adalah hasil daripada peningkatan yang menyeluruh dalam harga tenaga. Penganalisis menjangkakan bahawa tekanan inflasi yang lebih tinggi boleh mendorong Federal Reserve untuk menaikkan “interest rate” pada bulan September. Harga pengeluar dijangka meningkat 0.2% buat masa ini.

Rabu, 10:00 Malam

Keputusan “interest rate” Kanada:  Bank of Canada mengekalkan “interest rate” pada 0.75%. Bank pusat berkata inflasi adalah sejajar dengan unjuran dan perbelanjaan pengguna masih kukuh, tetapi dasar monetari akan dikaji semula pada bulan-bulan akan datang. Gabenor Bank of Canada Stephen Poloz yang mengaitkan perkembangan Kanada kepada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat, berkata bahawa ekonomi Amerika yang kukuh akan menyediakan rangsangan utama untuk Kanada. Goldman menjangkakan satu kejutan negatif.

Testimoni Janet Yellen:  Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen akan memberi keterangan di hadapan Dewan Jawatankuasa Perkhidmatan Kewangan, di Washington DC, pada Laporan Dasar Monetari setengah tahun. Yellen boleh bercakap tentang sebab-sebab bagi keputusan Fed untuk menangguhkan kenaikan “interest rate” pada bulan Jun, dan mungkin mencadangkan garis masa bagi kenaikan pertama. Ekonomi Amerika Syarikat berkembang kukuh pada 2.4% pada tahun 2014, tetapi ramalan terkini Fed untuk 2015 menunjukkan pertumbuhan yang lemah sebanyak 1.8% kepada 2%. Mana-mana percakapan tentang kenaikan “interest rate” akan menggegarkan pasaran. Walaupun kenaikan pada September mempunyai peluang terbaik, pendirian yang negatif tidak boleh dinafikan untuk Yellen.

Khamis, 7:45 Malam

Keputusan “interest rate” ECB:  Dengan sidang media jam 8:30 malam hari yang sama, Bank Pusat Eropah memainkan peranan penting dalam krisis Grexit; pada dasarnya memaksa bank-bank untuk tutup apabila rundingan gagal dan Greece mengadakan referendum. Peranan ini akan ditanya oleh pemberita. Untuk pasaran, mungkin tumpuan yang lebih besar adalah rancangan mengenai QE. Dengan mengandaikan perjanjian, adakah ECB akan membeli semua bon Greece? Adakah QE akan diperluaskan memandangkan kesan krisis itu di seluruh benua Eropah? Di samping itu, penilaian Bank mengenai perkembangan inflasi dan pertumbuhan adalah penting juga, walaupun tiada ramalan dijangka buat masa ini.

Khamis, 8:30 Malam

Tuntutan Pengangguran AS:  Jumlah tuntutan awal untuk bantuan pengangguran di Amerika Syarikat meningkat 15,000 pada minggu lepas, mencapai jumlah 297 ribu. Bacaan itu jauh lebih tinggi daripada 274 ribu tuntutan yang diramalkan oleh penganalisis. Purata bergerak empat minggu meningkat sebanyak 4,500 kepada 275 ribu. Tuntutan keseluruhan meningkat sebanyak 69 ribu tuntutan kepada pelarasan bermusim 2.33 juta. Kenaikan yang tidak dijangka boleh dikaitkan dengan pemberhentian dalam industri kenderaan. Jumlah tuntutan dijangka mencecah 282 ribu minggu ini.

Khamis, 10:00 Malam

Indeks Philly Fed Manufacturing AS:  Keadaan pengeluaran di rantau Philadelphia telah bertambah baik pada bulan Jun, meningkat daripada 6.7 pada Mei hingga 15.2 pada bulan Jun. Penganalisis menjangkakan kenaikan sederhana kepada 8.1 mata. Peningkatan ini adala secara menyeluruh. Pesanan baru meningkat kepada 15.2 pada bulan Jun daripada 4.0 pada bulan Mei. Sub-indeks pembayaran melonjak kepada 17.2 daripada kejatuhan 14.2 pada bulan Mei. Walau bagaimanapun, indeks pekerjaan jatuh kepada 3.8 daripada 6.7. Bacaan menunjukkan pertumbuhan yang lebih tinggi pada separuh kedua tahun 2015. Aktiviti Perkilangan dijangka merosot kepada 12.1 buat masa ini.

Jumaat, 8:30 Malam

Permit Bangunan AS:  Permit bangunan AS untuk pembinaan rumah melonjak 11.8% pada bulan Mei, untuk kadar tahunan yang disesuaikan mengikut musim, daripada 1.28 juta unit. Bacaan hampir lapan tahun tertinggi menunjukkan trend positif dalam sektor perumahan dan peningkatan dalam ekonomi yang lebih luas. Feds melihat sektor perumahan sebagai salah satu sektor lemah dalam ekonomi Amerika Syarikat. Data lebih kukuh yang datang dari jualan runcit dan pekerjaan menunjukkan kelemahan suku pertama telah berakhir. Permit bangunan AS dijangka mencapai 1.11 juta pada bulan Jun.

Data inflasi AS:  Harga pengguna AS meningkat 0.4% pada bulan Mei, mencatatkan peningkatan terbesar dalam tempoh lebih dua tahun, di tengah-tengah kenaikan harga petrol. Peningkatan ini menandakan berakhirnya krisis minyak dan suku pertama yang lembap. Feds menganggarkan inflasi akan meningkat pada musim panas yang membolehkan kenaikan “interest rate” pada bulan September. Sementara itu, teras CPI tidak termasuk kos makanan dan tenaga, menambah 0.1%, kenaikan yang paling kecil dalam tempoh lima bulan, selepas kenaikan 0.3% pada bulan April. Pada asas tahunan, teras CPI meningkat 1.7%, perlahan daripada peningkatan tahunan sebanyak 1.8% pada bulan April. CPI dijangka mendapat 0.3%, manakala teras CPI diramalkan berkembang sebanyak 0.2%.

Jumaat, jam 10:00 Malam

Sentimen Pengguna AS:  Keyakinan pengguna meningkat kepada 96.1 dalam bacaan terakhir pada bulan Jun. Peningkatan keyakinan adalah kerana data kukuh yang dilaporkan oleh pasaran pekerjaan dan perbelanjaan pengguna yang melonjak selepas gaji meningkat dan inflasi kekal rendah. Keyakinan pengguna dijangka mencapai 96.7 pada bulan Julai. Keyakinan yang lebih tinggi bermakna lebih banyak jualan runcit, tetapi itu tidak semestinya berlaku.

 

** Semua masa dalam waktu Malaysia dan yang sewaktu dengannya GMT +8

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat