Parti Pemerintah Jepun Pilih Yoshihide Suga Ganti Shinzo Abe

275

Seperti dijangkakan oleh ramai pihak, kerajaan pemerintahan, Parti Liberal Demokratik (LDP) bersepakat untuk memilih Yoshihide Suga sebagai presiden baru parti yang paling berkuasa di Jepun itu.

Kemenangan ini sekali gus membuka jalan untuk beliau menggantikan tempat Shinzo Abe sebagai Perdana Menteri Jepun dalam pemilihan parlimen minggu ini.

Pada bulan lalu, Shinzo Abe telah memutuskan untuk melepaskan jawatan beliau berikutan masalah kesihatan yang dialaminya bertambah buruk.

Yoshihide Suga, yang juga ketua Setiausaha Kabinet Jepun, mengalahkan pesaing utamanya bekas Menteri Luar Negeri, Fumio Kishida dan bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba dengan meraih undian majoriti iaitu sebanyak 377 undi, lapor Kyodo News.

Sementara Khishida dan Ishiba pula masing-masing meraih 89 dan 68 undi daripada 535 keseluruhan undian.

Undian untuk memilih perdana menteri Jepun seterusnya akan dilakukan pada Rabu di parlimen, di mana Suga hampir pasti akan dijadikan sebagai perdana menteri berikutan kuasa majoriti yang dimiliki oleh LDP.

Suga sebelum ini menegaskan bahawa beliau akan meneruskan legasi ‘Abenomics’ sekiranya terpilih untuk memimpin negara itu. Abenomics telah banyak membantu menyokong ekonomi negara itu dengan perlaksanaan program besar-besaran yang merangkumi dasar monetari dan perbelanjaan kerajaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat