Pekerja Swasta Yang Menganggur Akan Mendapat Insurans RM600 Sebulan Bermula Januari 2018

576

Bermula tahun depan, pekerja yang kehilangan kerja layak menerima faedah interim dalam bentuk elaun tunai berjumlah RM600 sebulan untuk tempoh maksima tiga bulan di bawah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP).

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Datuk Dr Mohammad Azman. Beliau juga menyatakan kerajaan telah memperuntukkan RM 122 juta kepada Perkeso untuk menjalankan sistem SIP.

Azman berkata, 57,282 individu dijangka akan menuntut faedah insuran ini yang melibatkan RM103 juta tahun depan.

“Melalui program SIP, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) juga layak mendapat faedah tersebut,” kata beliau kepada sidang media pada Selasa.

Penting dinyatakan di sini bahawa elaun ini hanya layak kepada mereka yang hilang pekerjaan akibat pemberhentian pekerja atau pengecilan syarikat dan bukannya bagi mereka yang diberhentikan kerada masalah disiplin. Hal ini dinyatakan sendiri oleh Pengerusi Lembaga Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Tan Sri Dr. Aseh Che Mat.

Aseh mengatakan sekiranya golongan tersebut berjaya mendapat pekerjaan pada bulan kedua selepas diberhentikan kerja, pemberian elaun itu akan dihentikan serta-merta. Sekiranya golongan berkenaan gagal mendapat pekerjaan dalam tempoh tiga bulan, Perkeso akan menghentikan pemberian elaun berkenaan tetapi akan terus membantu mereka dari segi kaunseling.

SIP akan diimplementasikan pada Januari di mana pekerja akan menyumbang 0.2% daripada gaji bulanan dan begitu juga majikan akan menyumbang kadar yang sama.

Dewan Rakyat telah meluluskan rang undang-undang ini pada 25 Oktober dan ia akan dibentangkan pula di Dewan Negara untuk kelulusan akhir.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat