Penangan Tiffany&Co, Jualan NFT CryptoPunk Lonjak 248%!

355

Penjualan koleksi non-fungible token (NFT) CryptoPunk telah meningkat lebih 248% dalam tempoh 24 jam lalu susulan tawaran ekslusif jenama barang kemas mewah Tiffany&Co untuk pemegang aset digital itu.

Terdahulu, pihak INTRADAY ada melaporkan bahawa Tiffany&Co telah mengumumkan penjualan 250 loket buatan tangan yang bertatahkan berlian dan batu permata bernilai 30 ETH atau bersamaan $47,700 setiap satu (mengikut harga semasa penulisan).

Ia membenarkan pemegang CryptoPunk untuk menukar NFT mereka kepada loket yang dibuat khas oleh tukang Tiffany&Co dengan menggunakan emas kuning atau rose gold 18k berdasarkan palet warna NFT.

Minat yang diperbaharui dalam salah satu trend NFT terawal itu menyebabkan lonjakan luar biasa dalam jumlah dagangan di mana sebahagian besarnya didorong oleh pelancaran NFTiff.

Menurut CryptoSlam, jumlah jualan koleksi CryptoPunk dalam 24 jam terakhir ialah 1279 ETH atau sekitar $2.16 juta.

Selang 24 jam sebelum itu didapati bahawa kuantiti jualan kasar hanya 123 ETH, iaitu kira-kira $200,000 menurut NFTPriceFloor.

Ini menunjukkan langkah daripada pengeluar barangan kemas mewah itu telah berjaya menarik perhatian orang ramai untuk mendapatkannya kerana penawarannya yang ekslusif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat