Pendapat Terkini Dua Ahli FOMC Tentang Kenaikan Kadar Faedah US

63

Bank pusat Amerika Syarikat (The Federal Reserve) berpotensi menaikkan kadar faedah ke paras 2.50%, kata Presiden Fed cawangan New York, William Dudley pada Rabu.

Bercakap tentang pertumbuhan ekonomi di Texas dan New York, Dudley berkata keadaan semasa agak baik bagi ekonomi US, di mana beliau masih melihat tiga kali kenaikan kadar faedah tahun ini.

Tambah beliau, ketidaktentuan terbesar ketika ini adalah pembuatan polisi di Washington yang menunjukkan pendirian yang tidak selari antara Presiden Trump dengan pemimpin-peminpin di Kongres.

Pertumbuhan ekonomi US tidak akan meningkat lebih daripada 2.50% pada 2017, kata Presiden Fed cawangan Dallas Robert Kaplan yang juga bercakap dalam majlis yang sama.

Kaplan juga menegaskan bahawa ekonomi Amerika Syarikat semakin hampir dengan gunatenaga-penuh (full-employment).

Komen-komen daripada dua ahli The Fed yang mengundi penetapan polisi monetari ini akan diteliti oleh pemain pasaran untuk mendapatkan isyarat kenaikan kadar faedah pada Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat