Pengasas Ethereum Kritik Penyokong Presiden El Salvador & “Bitcoin Law”

1,229

Siapa sangka pengasas Ethereum, Vitalik Buterin juga sebenarnya tidak bersetuju dengan presiden El Salvador, Nayib Bukele kerana menerapkan Bitcoin (BTC) dalam ekonomi negara.

Buterin pada Jumaat telah mengkritik Bukele, menganggap figura itu telah memaksa perniagaan di El Salvador untuk menerima Bitcoin.

Tidak cukup dengan itu, Buterin menggelar penyokong Bukele “Bitcoin maximalists”.

Jelas Buterin menerusi perkongsiannya di Reddit: “Penerimaan Bitcoin (BTC) sebagai mandatori jauh berbeza dengan idea kebebasan yang menjadi tunjang utama dalam sektor kripto.”

Tambahnya, keputusan yang diambil Bukele juga dilihat terlalu ‘cuai’ dan ‘berisiko tinggi’ kerana rakyatnya yang tidak terdedah dengan pelaburan kripto berpotensi untuk menjadi mangsa penipuan dan penggodaman.

Adakah dakwaan Buterin ini turut diaplikasikan kepada Ethereum (ETH)?

Pukul sama rata, Buterin turut menunding jari kepada Ethereum maximalists jika Bitcoin digantikan dengan Ethereum di El Salvador: “Mandatkan penggunaan mana-mana kripto jelas menentang idea kebebasan dalam penggunaan kripto.”

Berkuatkuasa pada 7 September, Bitcoin telah menjadi tender sah di El Salvador.

Kerajaan negara itu telah memberi pilihan kepada individu sama ada untuk menggunakan BTC atau tidak. Berbeza pula dengan perniagaan atau firma-firma yang dibangunkan wajib menerima bitcoin selagi mana mereka memiliki teknologi yang diperlukan untuk urus niaga kripto, sepertimana telah digariskan dalam Bitcoin Law: Artikel 7.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat