Pengukuhan Matawang Utama Terbantut Ekoran Kebangkitan USD

499

Raja matawang US dolar kembali mencatat peningkatan ketika pasaran memasuki sesi Eropah, menyebabkan kebanyakan matawang utama menghentikan keuntungan mereka menjelang penerbitan data PMI perkhidmatan AS pada malam ini.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding sekumpulan utama meningkat lebih tinggi ke sekitar harga 91.30, selepas sesi Asia yang menyuramkan.

Dolar kiwi sedikit susut dari paras ketinggian dua minggu selepas dipacu oleh jangkaan optimis daripada penganalisis bahawa Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) akan mula meningkatkan kadar faedah pada tahun ini selepas melihat bacaan data keyakinan perniagaan yang memberangsangkan.

Sementara itu, dolar Aussie turut mengurangkan keuntungannya selepas melonjak paras tertinggi satu minggu, susulan keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA) yang menyaksikan kadar faedah kekal di tahap terendah 0.10%.

Dolar Kanada juga merosot setelah meraih peningkatan ekoran pengukuhan harga minyak mentah dunia di tahap tertinggi 3 tahun selepas mesyuarat OPEC+ berakhir tanpa kesepakatan.

Mengikuti perkembangan matawang Eropah, pengumuman Perdana Menteri UK, Boris Johnson untuk menghapuskan semua sekatan coronavirus pada 19 Julai, telah memacu lonjakan dagangan pound.

Bagaimanapun, dengan kebangkitan semula US dolar pada sesi Eropah, menyebabkan matawang itu kembali menyusut.

Selain itu, matawang euro gagal mengekalkan keuntungan yang diraih dan diperdagangkan lebih rendah menjelang penerbitan data sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW pada hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat