Pengumuman Data Yang Mengecewakan Dari UK Melemahkan Matawang Sterling

56

Sterling jatuh berbanding US Dollar pada hari Jumaat selepas pengumuman data yang mengecewakan dari UK. Kebanyakan pelabur juga menanti laporan utama di dalam sektor pekerjaan AS yang akan dikeluarkan malam ini.

GBP/USD mencecah 1.2430 dan kemudiannya meningkat kepada 1.2431 dalam dagangan awal sesi Eropah.

Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan bahawa pengeluaran perkilangan menjunam sebanyak 0.1 peratus pada bulan Februari berbanding jangkaan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.

Pada asas tahunan, pengeluaran perkilangan meningkat sebanyak 3.3 peratus pada bulan Februari di bawah jangkaan peningkatan 3.9 peratus.

Pengeluaran perindustrian juga menyaksikan junaman sebanyak 0.7 peratus pada bulan Februari berbanding ramalan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.

Bagi tahun ke tahun, pengeluaran perindustrian melonjak sebanyak 2.8 peratus pada Februari di bawah jangkaan kenaikan sebanyak 3.7 peratus.

Pasaran juga menantikan laporan sidang kemuncak diantara Trump dan Presiden China yang bakal memberikan fokus berkaitan dengan hal ehwal perdagangan dan program ketenteraan Korea Utara.

Sterling juga didagang lebih rendah berbanding Euro dengan EUR/GBP meningkat 0.21 peratus kepada 0.8555.

Jepun Perlu Lebih Tegas Dalam Isu Dasar Kewangan : Koichi Hamada

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat