Penjelasan Ringkas Kenaikan US Dolar Semalam

920

US dolar naik lebih tinggi (menguat) pada Selasa yang jelas dilihat pada pair EUR/USD, GBP/USD dan USD/JPY disebabkan komen meyakinkan oleh pengerusi Fed yang baru iaitu Jerome Powell. Powell pada Selasa berhadapan dengan Kongres Amerika Syarikat yang menjadi rutin seorang Pengerus Fed sekali dalam masa enam bulan untuk memberi keterangan kepada Kongres dan menjawab segala persoalan mereka tentang ekonomi negara.

Komen hawkish Jerome Powell

Pair EUR/USD jatuh sehingga 125 pip pada Selasa dengan GBP/USD jatuh sehingga 138 pip dari paras tertinggi. Sebab utama kepada penguatan US dolar pada Selasa adalah ‘komen-komen Powell yang meyakinkan terhadap ekonomi Amerika Syarikat’.

Dengan komen-komen yang lebih meyakinkan oleh seorang Pengerusi Fed yang baru, ia telah menambah keyakinan pasaran bahawa Fed akan meneruskan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur. Powell mengatakan secara langsung bahawa sasaran inflasi akan dapat dicapai dan mengatakan ekonomi akan terus kukuh dalam tempoh dua tahun akan datang.

Sebelum ini dalam mesyuarat Disember, The Fed hanya menjangka 3 kali kenaikan kadar faedah. US dolar membuat kenaikan pada awal tahun ini berikutan pasaran mula menjangka kenaikan adalah lebih daripada 3 kali berikutan data-data ekonomi Amerika yang baik. Oleh itu, komen Powell pada Selasa di Kongres seakan mengesahkan jangkaan pasaran ketika ini bahawa akan terdapat kenaikan kadar faedah yang lebih pantas tahun ini.

Sebab-sebab lain kenaikan US dolar pada Selasa

Dengan komen yang meyakinkan oleh pengerusi Fed telah melonjakkan semula ‘hasil bon 10 tahun kerajaan AS’ ke paras yang menghampiri 3.00%, iaitu satu paras tertinggi sejak tahun 2013.

Dengan komen yang lebih hawkish, ia juga telah menaikkan ‘kadar faedah jangka panjang’ di Amerika Syarikat sekaligus menarik aliran modal daripada luar negara ke Amerika. Kemasukan modal asing menyebabkan permintaan US dolar meningkat sekaligus meningkatkan nilai US dolar.

Nak belajar analisis Fundamental? Klik sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat