Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Eropah : Tariff Penggerak Utama

466

US dollar meneruskan pengukuhannya berbanding matawang-matawang global pada Khamis selepas berkuatkuasanya tariff Amerika Syarikat terhadap $16 billion import dari China.

Greenback juga disokong oleh minit mesyuarat FOMC yang hawkish. Pendapat keseluruhan minit mesyuarat menunjukkan kadar faedah akan terus dinaikkan di masa akan datang. Minit mesyuarat Federal Reserve yang dikeluarkan awal pagi tadi menunjukkan ahli-ahli bank pusat membincangkan tentang kenaikan kadar faedah dalam masa terdekat untuk mengimbangi kekuatan ekonomi.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.32% setakat pada pukul 5.38 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.34%, di mana GBP/USD merekodkan kemerosotan 0.43%. USD/JPY pula naik sebanyak 0.27%, USD/CAD dengan kenaikan 0.38%. USD/CHF pula naik 0.09%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.80% dan 0.37% setakat ini.

Matawang terkuat setakat ini adalah US dollar, manakala matawang paling lemah adalah Aussie. Dengan menggabungkan kedua-dua matawang, pair AUD/USD adalah pasangan matawang yang paling banyak berubah setakat ini dengan kejatuhan 0.80%.

Tidak banyak data yang dikeluarkan pada Khamis, dengan tumpuan hanya kepada data PMI Zon-Eropah. Aktiviti ekonomi dalam sektor swasta di Zon Eropah terus meningkat pada bulan Ogos, namun jangkaan terhadap pertumbuhan masa hadapan jatuh ke paras rendah.

Indeks PMI sektor pembuatan di wilayah Zon Eropah meleset kepada paras terendah 21 bulan iaitu 54.6 dari 55.1 yang dicatatkan pada Julai. Bacaan kali ini lebih rendah berbanding jangkaan pasaran. Manakala indeks PMI sektor perkhidmatan pula meningkat naik ke paras 54.4 dari bacaan 54.2 sebelum ini.

Indeks komposit yang menggabungkan bacaan kedua-dua sektor pembuatan dan perkhidmatan juga meningkat ke paras tertinggi dua bulan lalu. Bacaan meningkat ke paras 54.4 daripada 54.3 sebelum ini, namun lebih rendah daripada jangkaan.

Matawang AUD adalah matawang paling lemah pada Khamis di mana ia melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain berikutan risiko politik yang tercetus di Australia. Paling jelas dilihat menjunam pada pagi ini adalah pasangan matawang AUD/USD.

Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull berhadapan risiko politik pada Khamis selepas tiga daripada menteri kabinet beliau meletakkan jawatan. Ketiga-tiga menteri itu mahu pemilihan parti diadakan semula untuk memutuskan masa depan beliau.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat