Pergerakan Terkini Pasaran Pada Awal London Open : USD Antara Terkuat

485

Greenback mengukuh pada Khamis berbanding matawang utama yang lain dengan Kiwi merekodkan kejatuhan terbesar.

Sentimen pasaran ketika ini agak bercampur-campur selepas keputusan China yang akan bertindak balas terhadap tariff Amerika Syarikat. Dalam masa yang sama pasaran ekuti (saham) China juga merekodkan kenaikan yang besar pada Khamis di mana Indeks CSI naik 2.50% dan indeks Shanghai naik 1.83%. Peningkatan ini sekaligus telah memberi kesan positif kepada indeks di Asia secara keseluruhan.

Data penting inflasi (CPI) China pada hari ini merekodkan bacaan yang positif dengan kadar kenaikan tahunan 2.10% lebih daripada jangkaan 2.0%.

Prestasi saham Eropah ketika ini pula sedikit negatif pada awal sesi dagangan di sana.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.24% setakat pada pukul 4 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini susut 0.20% di mana GBP/USD merekodkan kejatuhan 0.25%. USD/JPY setakat ini pula tidak berubah, USD/CAD didagangkan tidak berubah dengan hanya naik 0.01%. USD/CHF pula didagang meningkat 0.08%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.11% dan 1.17%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah JPY dan CAD, manakala matawang paling lemah adalah NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah NZD/JPY dan NZD/CAD adalah dua pair yang paling banyak membuat pergerakan hari ini. Kedua-dua pair merekodkan kejatuhan lebih dari 1% setakat ini.

Seperti anda sedia maklum, kelemahan NZD adalah disebabkan kenyataan bank pusat New Zealand yang secara keseluruhannya ‘dovish’. Klik sini untuk lebih lanjut.

Tinjauan yang dijalankan Reuters menunjukkan potensi untuk UK tidak mendapat perjanjian daripada Kesatuan Eropah (EU) semakin meningkat. Sebelum ini terdapat komen dari kerajaan UK yang mengatakan kebarangkalian tiada perjanjian adalah 60-40.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat