Pertumbuhan Ekonomi UK Sejajar Dengan Jangkaan Pasaran 0.3%

65

Pertumbuhan ekonomi UK meningkat 0.3% pada suku kedua sejajar dengan jangkaan pasaran dan 0.2% yang dicatat sebelum ini. Dari segi tahunan, pertumbuhan meningkat 1.7% dari 2.0% sebelum itu di mana bacaan kali ini juga sejajar dengan jangkaan pasaran.

Terdapat pemulihan dalam pertumbuhan sektor perkhidmatan yang merekod kenaikan 0.5% dari 0.1% dicatat pada suku pertama. Ini disokong oleh pengukuhan dalam pengedaran dan juga pemulihan dalam perbelanjaan runcit.

Pengeluaran industri walaubagaimanapun, jatuh 0.4% dalam tempoh tiga bulan lalu, manakala pengeluaran sektor pembinaan jatuh sebanyak 0.9%.

Penguncupan dalam sektor pembinaan dan industri dilihat sebagai kesan daripada kelemahan struktur ekonomi dan pengurangan pelaburan, walaupun terdapat keraguan dalam ketepatan data.

Keyakinan secara keseluruhan dalam pertumbuhan cenderung untuk lemah berikutan kebimbangan terhadap kelemahan peningkatan pendapatan yang seterusnya menekan perbelanjaan pengguna dalam beberapa bulan akan datang. Dalam konteks ini, pengukuhan oleh sektor-sektor lain adalah penting untuk menyokong pertumbuhan secara keseluruhan.

Data kali ini sejajar dengan jangkaan Bank of England dan dilihat tidak akan mempengaruhi bank pusat menaikkan kadar faedah dalam masa terdekat.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat