Polkadot (DOT) Sumbang Lebih RM23 Juta, Solana Usahakan DAO ‘Aid For Ukraine’

232

Pengasas Polkadot, Gavin Wood telah membuat sumbangan mata wang kripto bernilai lebih $5 juta dalam DOT sebagai usaha menyokong kebangkitan Ukraine melawan Rusia.

Timbalan presiden Ukraine, Mykhailo Fedorov telah zahirkan penghargaannya terhadap Wood melalui ciapan Twitter pada tengah malam tadi:

Sebanyak 298,367 DOT telah dipindahkan ke alamat Polkadot milik Ukraine.

Berdasarkan nilai semasa seunit DOT ketika artikel ini ditulis, $18.80, jumlah kumulatif yang diterima Ukraine adalah sebanyak $5,611,429.46 (~RM23.5 juta).

Tidak cukup dengan itu, Fedorov juga berterima kasih dengan usaha Solana Foundation dan Everstake kerana menjalinkan kerjasama bersama pihak kerajaan Ukraine untuk menubuhkan organisasi autonomi desentralisasi (DAO), Aid For Ukraine bagi mendapatkan dana secara langsung demi bantuan awam.

Sebelum ini Fedorov pernah menggesa beberapa platform pertukaran kripto utama dunia untuk menyekat pengaksesan di seluruh Rusia.

Bagaimanapun, permintaan tersebut terpaksa ditolak kerana disifatkan ‘tidak adil’ untuk penduduk Rusia yang tidak terlibat dengan peperangan itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat