Potensi Pergerakan Eur/Usd Semasa News Besar FOMC Pagi Nanti

56

Eur/Usd pada masa ini sedang menghampiri paras tertinggi Selasa dan didagangkan pada harga 1.0648 semasa artikel ini ditulis.

Pergerakan pasaran pada hari ini dalam julat yang begitu kecil dengan kejatuhan data pengeluaran industry Zon Eropah. Pengeluaran industry susut 0.1% pada Oktober yang mana lebih rendah dari jangkaan kenaikan 0.1%.

News impak tinggi dari US akan dikeluarkan pada malam ini sebelum pengumuman kadar pukul 3.00 pagi, iaitu data jualan runcit dan PPI pukul 9.30 malam nanti. Bagi penetapan kadar pagi nanti, pasaran sudah pun bergerak ke arah (priced-in) kenaikan kadar. Oleh itu, pasaran tidak terlalu fokus kepada pengumuman kadar pukul 3.00 pagi, tetapi akan fokus kepada panduan kehadapan (forward guidance) semasa sidang media 3.30 pagi nanti.

Kenaikan yang mendadak terhadap US dolar akan menyebabkan kejatuhan dalam Eur/Usd semasa pengumuman kadar. Kejatuhan Eur/Usd akan memperlihatkan kepada kita peranan support penting dalam gambar rajah di bawah.

Support penting ini berwarna biru tua yang terbentuk pada bulan Mac 2015 di paras harga 1.0500. Support ini telah diuji bulan ini, namun gagal ditembusi. Harga yang menembusi support ini dan kukuh di bawah 1.0500 kemungkinan akan menunjukkan sentimen kejatuhan dalam jangka panjang Eur/Usd.

Walaubagaimanapun, untuk sampai ke paras 1.0500 ini harga terlebih dahulu perlu menembusi support terdekat yang ditandakan dengan garisan merah pada harga 1.0546.

Jika harga cenderung untuk bergerak ke atas pula, harga akan melalui halangan pertama di 1.0666 iaitu harga tertinggi Selasa. Paras ini juga berdekatan dengan level fibo retracement 38.2% dalam kejatuhan terbaru Eur/Usd.

Harga yang berjaya menembusi resistance 1.0666 ini akan berhadapan halangan seterusnya di level fibo 50% (1.0699) dan seterusnya level 61.8% (1.0740) dan dijangka resistance terpenting untuk diperhatikan adalah level resistance 1.0785 yang berdekatan dengan level fibo 78.6% (1.0799).

Eur/Usd TF weekly
Eur/Usd TF daily
Eur/Usd TF H4
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat