PREVIEW News Besar USD – Pagi Nanti Adalah Antara Mesyuarat FOMC Terpenting!

2,472

The Federal Reserve dijangka menaikkan kadar faedahnya pada 2 pagi Khamis dalam mesyuarat yang dipengerusikan pertama kalinya oleh Jerome Powell. Powell juga dijangka akan memberi isyarat kenaikan kadar faedah yang lebih banyak daripada unjuran tiga kali Disember tahun lalu.

Ini adalah satu event yang begitu penting kepada US dollar dan boleh dikatakan antara event terpenting pada tahun 2018.

The Fed mengunjurkan kenaikan kadar faedah sebanyak tiga kali untuk tahun 2018 pada tahun lalu. Pasaran melihat kemungkinan kadar faedah akan dinaikkan lebih banyak berikutan rangsangan fiskal oleh kerajaan Amerika dan juga kenaikan data inflasi CPI baru-baru ini.

The Fed melalui Federal Open Market Committee (FOMC) dijangka akan mengumumkan polisi monetari terkini bank pusat A.S. pada pukul 2 pagi Khamis. Selepas 30 minit daripada pengumuman tersebut, Powell akan mengadakan sidang media yang akan menjadi tumpuan penuh pasaran untuk mendapatkan isyarat tentang kenaikan kadar faedah The Fed di masa akan datang.

Beberapa ahli The Fed sebelum ini mengatakan rangsangan fiskal boleh membawa lebih banyak rakyat Amerika ke dalam pasaran buruh sekaligus menaikkan inflasi ke paras sasaran 2% bank pusat.

Powell akan menjadi Tumpuan pasaran

Ini adalah kali pertama Jerome Powell mempengerusikan mesyuarat FOMC dan sudah tentu kesannya kepada pasaran juga besar. Pasaran akan mendapatkan lebih banyak maklumat tentang pendirian Pengerus Fed yang baru ini tentang polisi monetari dan pendekatan beliau dalam mengemudi bank pusat terbesar dunia itu.

Jika dilihat kepada data-data ekonomi, Amerika Syarikat dalam keadaan yang kukuh walaupun bacaan jualan rumah dan perbelanjaan sebelum ini lemah.

Pagi nanti The Fed dijangka akan menaikkan unjuran pertumbuhan ekonominya untuk beberapa tahun akan datang dan berkemungkinan menurunkan ramalan kadar pengangguran di bawah paras 4.1%.

Data pekerjaan (NFP) baru-baru ini dilihat lebih meyakinkan ahli Fed untuk meneruskan kenaikan kadar faedah secara beransur-ansur. Sebarang komen yang hawkish dalam perkara ini sudah tentu akan menyokong US dollar pagi nanti.

Pasaran juga perlu melihat unjuran terbaru inflasi oleh The Fed. Jika ramalan kadar inflasi dinaikkan, ia akan menyokong matawang US dollar pada malam ini.

Sekali lagi diingatkan, ini adalah mesyuarat pertama yang dipengerusikan oleh Jerome Powell yang menggantikan Janet Yellen. Oleh itu, mesyuarat Fed pagi nanti adalah antara perisitiwa yang terpenting dalam pasaran kewangan dunia di mana kesannya kepada pasaran juga adalah besar khususnya kepada US dollar.

>>>PELAJARI ANALISIS FUNDAMENTAL KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat