Ramalan Harga Emas XAU/USD: Mampukah “Seller” Kekal Mendominasi?

879

[Artikel Tajaan]

Sentimen pasaran kini melihat kebarangkalian sebanyak 53% bagi Fed untuk masih lagi mengekalkan kadar faedah sedia pada mesyuarat FOMC siri September 2024.

Manakala sebanyak 60% pemain pasaran menjangkakan Fed akan melaksanakan pemotongan kadar faedah bagi tahun 2024 pada mesyuarat FOMC siri November.

Ini berikutan susulan beberapa kenyataan ahli Fed yang bernada “Hawkish” yang telah berlangsung sejak awal minggu ini.

Berikutan dengan itu, bon perbendaharaan Amerika telah didagangkan tinggi manakala harga emas terus didagangkan rendah.

Fokus pemain pasaran pada hari ini akan tertumpu terhadap laporan data ekonomi GDP Amerika suku pertama, laporan “Initial Jobless Claims” dan beberapa persidangan oleh ahli Fed.

Laporan data ekonomi malam ini mampu mengubah struktur sentimen pasaran terhadap hala tuju kadar faedah di Amerika sekaligus memberikan impak yang signifikan terhadap pasaran emas.

Analisa Teknikal
Berdasarkan carta harian, paras harga $2,324 akan menjadi halangan utama sebelum emas terus didagangkan rendah ke paras $2,300 dan $2,277.

Namun jika paras harga $2,324 berjaya dipertahankan, emas dijangka mampu didagangkan tinggi sekurang-kurangnya ke paras $2,353 dan jika harga terus melonjak lebih tinggi, $2,372 dan $2,397 bakal dicapai.

Nak baca lebih lagi? Dapatkan Market Outlook yang menjadi rujukan institusi dan pedagang profesional. Daftar akaun trading bersama Saracen Markets segera untuk dapatkannya. – KLIK DI SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat