REVIEW Pergerakan Matawang AUD Sepanjang Minggu Ini (2-6 April)

421

Matawang AUD minggu ini dijangka ditutup bercampur-campur setakat pada pukul 10 malam pada Jumaat. Secara keseluruhan, kesemua pair AUD (AUD/USD, AUD/JPY, AUD/CAD,AUD/NZD,GBP/AUD) didagangkan bercampur-campur.

Jika dilihat kepada kesemua pair AUD, kita dapat lihat pergerakan yang seakan seiring. Matawang Aussie sejak akhir-akhir ini lebih banyak digerakkan oleh sentimen pasaran khususnya isu perdagangan AS-CHINA.

Lebih spesifik lagi, AUD memulakan dagangan minggu ini dengan melemah walaupun tiada pemangkin signifikan yang menggerakkan matawang itu. Namun, sentimen tidak berapa baik pada hari Isnin dengan sentimen risk-off lebih dominan. Ia sebenarnya disebabkan oleh laporan bahawa China merancang mengenakan tariff kepada import produk AS sebagai tindak balas kepada tariff keluli dan aluminium.

Pada Selasa, AUD mendapat sokongan dan mula membuat kenaikan apabila sentimen pasaran beransur pulih.

Dalam kenyataan polisi RBA pada Selasa, Gabenor Lowe mengulangi keyakinan beliau terhadap ekonomi Australia. Dalam masa yang sama beliau menegaskan, “nilai AUD yang kuat akan menyebabkan aktiviti ekonomi perlahan dan sasaran inflasi yang sukar dicapai. Secara keseluruhan, tiada perkara baru yang dikatakan oleh RBA dan sebab itulah kesannya kepada AUD pada Selasa agak terhad.

Matawang AUD dilihat mengukuh berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Rabu selepas data jualan runcit melebihi jangkaan pasaran.

Namun, AUD kembali melemah pada hari sama apabila Trump merancang mengenakan $50 billion tariff kepada 106 produk China. Tidak sampai beberapa jam, sentimen pulih semula selepas Trump mengatakan kedua-dua negara tidak berada dalam perang perdagangan. China juga mengatakan mereka mahu berunding dalam isu ini.

Dengan pasaran yang kekal berhati-hati, AUD dilihat melemah sejak sesi Asia pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat