Rundingan Brexit: Pendirian UK Samar Terhadap Pembayaran

34

Rundingan pusingan pertama antara British dan Kesatuan Eropah berakhir dengan sedikit persamaan dalam pendirian kedua-dua pihak, tetapi masih ada perbezaan yang besar dari segi ‘hak kerakyatan’ dan juga ketidaktentuan dalam pembayaran kewangan termasuk sempadan Ireland.

Rundingan yang berlangsung selama empat hari ini bertumpu kepada penjelasan pendirian dua pihak terhadap isu-isu utama.

Michael Barnier, ketua perunding Kesatuan Eropah berkata, “terdapat ‘perbezaan asas’ dalam bagaimana untuk melindungi hak rakyat EU yang tinggal di Britain dan juga rakyat Britain di EU selepas Brexit.

Barnier menegaskan Mahkamah Keadilan EU perlu memastikan hak kerakyatan terjaga selepas Brexit. Beliau juga mahu pendirian British yang lebih jelas dari segi pembayaran kewangan dan juga sempadan Ireland.

Di pihak UK pula, David Davis melihat rundingan empat hari yang bermula Isnin menunjukkan ‘kemajuan’ dan ‘banyak perkara yang positif’.

Namun, Davis enggan mengesahkan sama ada Britain ketika ini akan membuat pembayaran kepada EU sebagai yuran perpisahan daripada blok tersebut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat