Sekilas pandang: Analisa Mingguan USDJPY 15-19 Sept

52

USDJPY mencecah paras tertinggi dalam tempoh enam tahun minggu lalu apabila pelabur meningkatkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan (FED) akan mengakhiri program pelonggaran kuantitaf pada bulan Oktober serta menaikkan kadar faedah pada 2015 dalam dasar monitari yang akan datang. Pengumuman dijangka dilakukan minggu ini apabila FED mula bersidang pada Rabu 17 September.

Yen turut terkesan apabila Bank Pusat Jepun terus melonggarkan dasar kewangan walaupun sukar bagi ekonomi mencapai sasaran inflasi 2%. Berita bahawa lebihan akaun semasa Jepun terlepas dari jangkaan menambahkan lagi derita wang negara matahari terbit tersebut sekaligus membawa kepada panggilan rangsangan pada akhir tahun ini.

Kesimpulannya, USDJPY kini bergantung sepenuhnya dari mesyuarat FED minggu ini. Jika hasil mesyuarat FED menguntungkan AS, harga $110 bakal menjadi destinasi berikutnya untuk di atasi tak lama lagi. Manakala jika hasil mesyuarat tidak menyebelahi AS, Yen bakal mendapat sedikit nafas dan kelegaan.- Moshedfx.com-

japanese_yen_reuters_

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat