Sektor Pembuatan Nadi Ekonomi China Berkembang Pantas Pada Februari

100

Indeks Caixin yang mengira tahap aktiviti sektor pembuatan berkembang dalam kadar lebih pantas pada Februari berikutan tempahan eksport yang meningkat pada kadar tertinggi sejak dua tahun lepas.

Indeks ini adalah hasil tinjauan terhadap 400 pengurus ‘purchasing’ syarikat kecil dan sederhana di China yang mencatatkan bacaan 51.7 pada bulan Februari jika dibandingkan dengan 51.0 pada bulan sebelum. Bacaan ini juga lebih tinggi dari jangkaan pasaran iaitu 50.9.

Bacaan yang berada di atas 50 menunjukkan aktiviti yang berkembang dan keadaan perniagaan yang baik dan sebaliknya bacaan di bawah 50.

Zhengsheng Zhong, Pengarah Analisis Makroekonomi di CEBM Group berkata, “Ekonomi China terus mengekalkan pertumbuhan yang stabil pada Januari, tetapi juga menyarankan pasaran agar tidak terlalu selesa dengan kenaikan terbaru ini”.

Tambahnya lagi, “Ekonomi China meneruskan pemulihannya pada Februari, tetapi belum masanya untuk kita membuat kesimpulan bahawa pemulihan akan berterusan. Tempoh kewangan suku kedua akan menjadi tempoh yang penting untuk kita melihat tren di masa akan datang.”

Awal sebelum ini China juga mengeluarkan indeks PMI untuk syarikat-syarikat besar dan milik kerajaan (Beijing’s official PMI) yang menunjukkan peningkatan ke paras 51.6 di mana pasaran menjangkakan kejatuhan kecil dalam bacaan ini.

Sejak data ini dikeluarkan pukul 8.30 pagi tadi. Aussie Dolar dilihat stabil berbanding US dolar walaupun dagangan pada pagi tadi agak voletile (turun-naik) disebabkan data ini dan juga data pertumbuhan ekonomi Australia. Australia merupakan negara yang akan terkesan daripada aktiviti pembuatan atau perkilangan China kerana hubungan perdagangan yang agak tinggi antara kedua-dua negara ini. Australia merupakan pengeksport terbesar kuprum (Copper) dan biji besi (iron ore) ke China.

Selama bertahun-tahun, sektor pembuatan menjadi pusat pembangunan kepada ekonomi China dan menyumbang kepada pertumbuhan tinggi negara ini. Namun, pihak kerajaan China ingin mengubah negara yang berorientasikan pembuatan ini kepada ekonomi yang dipacu oleh penggunaan atau perbelanjaan domestik dan sektor perkhidmatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat