Sengit! Cardano Sasarkan Kebolehan Rangkaian Setara Solana Menjelang Hujung 2022

240

Mungkin ramai yang mengkritik kebolehan Solana (SOL) selepas beberapa insiden buruk tetapi Charles Hoskinson menjadikan rangkaian itu sebagai penanda aras untuk kembangkan kebolehan Cardano (ADA).

Menurut pengasas blockchain itu, kemaskini yang hadir bertujuan untuk meningkatkan lagi skalabiliti dan tindak balas rangkaian supaya pengguna dapat menikmati pengalaman seperti Solana tawarkan.

Cardano bercita-cita untuk merealisasikan misi ini seawal hujung 2022.

Sebagai rekod, era Basho sudah bermula pada tahun ini dan apa yang menjadi fokus ialah kelestarian, dan keefisienan rangkaian, sekaligus pertumbuhan yang organik melalui kehadiran protokol Mithril.

Untuk pengetahuan, Cardano sudah melepasi beberapa fasa, bermula dengan Byron, Shelley, dan Goguen sebelum beralih kepada Basho.

Berikut rincian kemaskini rangkaian Cardano:

  • Byron (2017)
    • Membolehkan pengguna untuk membeli dan menjual ADA ketika rangkaian itu bersiaran dengan protokol Proof of Stake (PoS).
  • Shelley (2020)
    • Peralihan rangkaian yang membawa fokus terhadap ciri desentralisasi, daripada sebuah rangkaian bersekutu (federated network) kepada rangkaian diuruskan oleh komunitinya.
  • Goguen (2021)
    • Integrasi Cardano dengan teknologi kontrak pintar

Rangkaian ini juga sebenarnya bakal berdepan dengan hard fork yang dijadualkan pada Jun dan Oktober.

Lebih banyak ciri dan fungsi akan dilancarkan; penambahbaikan terhadap platform kontrak pintar, Plutus; dan sidechains.

Misalnya ketika hard fork pada Jun 2022 – Vasil Hard Fork – Cardano akan menawarkan kerjasama kepada beberapa pembangun dApp yang berminat untuk bergabung dengan aplikasi mereka.

Usaha ini dilihat mampu meningkatkan jumlah nilai terkunci (TVL) pada aplikasi Cardano sebaik sahaja hard fork tersebut mencapai sasarannya.

Insiden Buruk Solana (SOL)

Solana berkali-kali menjadi mangsa kritikan kebanyakan peminat kripto susulan daripada insiden serangan pepijat yang berlaku pada hujung 2021 dan awal tahun ini.

Kegawatan rangkaian Solana ketika itu mendesak Binance untuk menghentikan pengeluaran aset dan pelabur Solend terpaksa menanggung kerugian!

Kemudian pada awal Februari, Wormhole yang menghubungkan Solana-Ethereum digodam, menyebabkan lebih RM 1 bilion aset kripto dicuri!

Golongan anti-Solana, menyifatkan rangkaian ini hanya gah untuk sementara kerana penggunanya yang tidak ramai, tetapi banyak pula masalah timbul apabila pengguna semakin meningkat.

Pun begitu, rata-rata pembangun blockchain masih cemburukan kebolehan Solana (SOL) dan cuba untuk bersaing dengannya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat