Sentimen Semasa Pergerakan Pasaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

38

Matawang Euro tidak banyak berubah berbanding US dolar pada Khamis sebelum pengumuman polisi oleh bank pusat Eropah malam ini. Sterling (Gbp) pula telah mencapai paras tertinggi dua minggu lalu dengan proses pengundian Britain telah pun bermula di mana tinjauan pendapat terakhir menunjukkan Theresa May dari Parti Konservatif akan memenangi pilihanraya.

Eur/Usd kini didagang stabil di sekitar 1.1257 pada pukul 4.23 pm.

Bank pusat Eropah (ECB) malam ini dijangka tidak akan mengubah polisi sedia ada, tetapi pasaran akan memberi perhatian kepada kenyataan Presiden Draghi dan penilaian yang dibuat terhadap ekonomi dan matawang Euro.

Matawang Euro pada Rabu jatuh sehingga ke paras terendah apabila terdapat laporan bahawa ECB akan memotong ramalan inflasi bank pusat sehingga 2019. Minggu lalu Draghi dalam ucapannya mengatakan bahawa inflasi masih belum kukuh dan memerlukan rangsangan besar.

Matawang Gbp pula semakin meningkat dengan Gbp/Usd kini didagang di sekitar 1.2965.

Perdana menteri Theresa May kini dilihat di landasan yang tepat untuk meningkatkan majoriti di parlimen seperti yang ditunjukkan oleh tinjauan terakhir pada Rabu yang akan mengukuhkan lagi kedudukannya dalam rundingan Brexit.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain dilihat stabil di sekitar 96.97 tidak jauh daripada paras terendah tujuh bulan lalu di paras 96.45.

US dolar bergerak lebih rendah berbanding Yen tengah hari tadi dengan Usd/Jpy jatuh ke paras terendah hari ini di 109.37 dan kini ia didagang di sekitar 109.88.

Selain itu, pasaran juga masih berhati-hati dengan satu lagi perisitiwa penting malam ini iaitu keterangan James Comey di hadapan Kongres berkaitan siasatan terhadap Rusia.

Dalam testimoni bertulis James Comey yang dikeluarkan pada Rabu, beliau menyatakan Presiden Trump meminta FBI menggugurkan siasatan terhadap bekas penasihat negara Mike Flynn salah satu daripada siasatan yang melibatkan penglibatan Rusia dalam pilihanraya US.

Secara keseluruhan, pasaran akan menumpukan kepada jawapan Comey kepada Kongres malam ini di samping perkembangan terbaru pilihanraya bermula pukul 12 tengah malam ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat