Sentimen Terbaru Brexit Menguatkan Matawang Pound Sterling (GBP)

169

Pound Sterling menguat berikutan pelabur-pelabur melihat sentimen semasa yang positif terhadap prospek UK yang mungkin masih boleh mengakses pasaran Eropah selepas Brexit.

Pound Sterling menguat dalam kadar yang tertinggi sejak hampir dua minggu berbanding US dolar. GBP atau Pound Sterling mencapai paras tertinggi pada 11 November lepas berikutan Setiausaha Brexit David Davis yang mengatakan UK akan mempertimbangkan pembayaran kepada EU untuk terus mengakses pasaran tunggal itu sebentar tadi.Menteri Kewangan Belanda Jeroen Dijsselbloem mengatakan Britain boleh menyertai pasaran tunggal ini tetapi dengan kos.

Penguatan pound ini menunjukkan bukti betapa sensitifnya matawang ini kepada komen rasmi yang dibuat oleh mana-mana autoriti dalam proses rundingan UK dan EU. Untuk pengetahuan pembaca Pound merupakan matawang utama yang paling banyak merekodkan penyusutan sejak Referendum Jun lepas.

Hal ini adalah disebabkan tanggapan pasaran bahawa Britain akan mengalami kesukaran jika meninggalkan EU dari segi perdagangan dan ekonomi amnya.

Neil Jones Ketua Hedge Fund di Bank Mizuho London, mengatakan, “Jika UK masih ada dalam pasaran tunggal ini dan bebas berdagang seperti sekarang, Pound akan menguat”. GBP atau Pound Sterling meningkat sebanyak 1% ke paras 1.2645 pada ketika artikel ini ditulis.

Manakala Indeks FTSE 100 yang didominasi oleh firma-firma berasaskan jualan barang ke luar negara yang mendapat impak positif dari kelemahan nilai Pound mencatatkan kejatuhan terbesar dalam jangka masa tiga minggu iaitu 1.3%. Selain itu, bon kerajaan UK turut mengalami kejatuhan beriktan sentimen positif terbaru ini.

Hal ini juga merupakan yang pertama dimana seorang pentadbir di Kesatuan Eropah (Menteri Kewangan belanda) mengatakan kebarangkalian untuk UK mengakses pasaran tunggal selepas Brexit.

Kebarangkalian untuk UK mengakses pasaran tunggal selepas Brexit akan memberikan petanda positif kepada ekonomi UK. Sebelum ini UK dijangkakan akan berhadapan dengan risiko perdagangan selepas Brexit, berikutan eksport ke EU berjumlah 40% dari keseluruhan eksport negara ini.

Hal ini sudah tentu memberikan risiko kepada syarikat-syarikat UK yang mempunyai perkongsia pasaran terbesar di Kesatuan Eropah. Disebabkan kebimbangan kepada hal ini lah, Pound Sterling dijual oleh pelabur-pelabur dan menyebabkan nilainya menyusut hampir 15% sejak referendum Jun lepas.

Walaubagaimanapun, Moshed.com menasihatkan agar trader-trader terus mengikuti rapat sentimen semasa berkaitan rundingan antara UK dan EU tentang perhubungan dagangan atau politik antara keduanya selepas Brexit. Mungkin selepas ini kita akan mendengar pula komen dari wakil Eropah yang lain yang mungkin tidak bersetuju dan membawa sentimen negatif terhadap ekonomi UK yang berpotensi melemahkan Pound semula.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat