Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

531

Matawang US dollar menguat berbanding matawang-matawang utama yang lain pada Rabu termasuk Yuan selepas laporan yang menyatakan perancangan Trump mengenakan kadar tariff yang lebih tinggi terhadap $200 billion import produk dari China.

Sentimen pada mulanya baik pada awal sesi New York pada Selasa, apabila Bloomberg melaporkan AS-China akan merundingkan semula isu perdagangan yang tertangguh sebelum ini. Sentimen bertambah baik apabila tariff terhadap $16 billion produk China ditangguhkan ke minggu depan oleh AS.

Namun, sentimen positif terhenti pada awal sesi Asia hari Rabu apabila Amerika Syarikat dilaporkan akan meningkatkan kadar tariff 10% kepada 25% terhadap $200 billion produk China. Setakat ini sentimen dilihat bercampur-campur dalam isu perdagangan AS-China.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan sehingga 0.12% setakat pada pukul 4.11 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini susut 0.03% di mana GBP/USD jatuh 0.07%. USD/JPY setakat ini pula naik sebanyak 0.20%, USD/CAD naik 0.09% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.19%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing merekodkan kejatuhan sebanyak 0.27% dan 0.31% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah USD dan matawang paling lemah adalah NZD dan AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang AUD/USD dan NZD/USD merekodkan kejatuhan sebanyak 0.27% dan 0.31% setakat pada pukul 4.16 petang.

Seperti biasa matawang yang paling banyak terkesan daripada sentimen semasa (Risk-Off) ketika ini adalah AUD dan NZD. Kedua-dua matawang dilihat melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain setakat awal sesi London hari ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat