Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal London Open

374

Matawang US dollar meningkat hampir ke paras tertinggi enam bulan yang lalu berbanding beberapa matawang utama yang lain. Peningkatan US dollar pada minggu ini banyak dipacu oleh kenaikan Hasil-Bon Amerika Syarikat yang merekodkan kenaikan empat hari berturut-turut.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.04% setakat pada pukul 3.11 petang.

Major pair EUR/USD membuat penurunan sebanyak 0.10% dengan GBP/USD naik 0.19%. USD/JPY pula naik 0.10%, USD/CAD jatuh 0.16% dengan USD/CHF hanya naik 0.02%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kenaikan 0.17% dan penurunan 0.15% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD dan AUD, manakala matawang paling lemah adalah Yen. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair CAD/JPY naik 0.31%, pair AUD/JPY pula naik 0.29%.

Matawang CAD kini adalah antara matawang paling kuat di samping AUD dan GBP. Dollar Kanada (CAD) disokong oleh kenaikan harga minyak mentah pada Rabu dengan minyak WTI (West texas Intermediate) kini didagangkan di sekitar $71.80 setong.

Matawang AUD pula dipacu oleh data pekerjaan Australia yang dikeluarkan pada pukul 9.30 pagi hari Khamis. Australia merekodkan peningkatan pekerjaan sehingga 22,600 berbanding jangkaan 19,800 oleh pasaran. Data kali ini begitu memberangsangkan jika dibandingkan dengan kemerosotan pekerjaan sebanyak 700 pada bulan sebelum itu.

Selepas membuat penurunan pada Rabu, GBP membuat kenaikan yang meyakinkan awal pagi tadi disebabkan berita baik tentang Brexit. Agensi berita Telegraph melaporkan bahawa UK mungkin terbuka untuk kekal dalam Kesatuan Eropah sehingga tahun 2021.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat