Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal New York Open

820

US dollar bergerak lebih rendah pada pembukaan awal dagangan sesi New York. Matawang greenback ini dilihat melemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada Selasa selepas kebimbangan terhadap perang perdagangan pulih khususnya oleh komen Xi Jinping.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang utama yang lain susut 0.25% setakat pada pukul 10.19 malam.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Kiwi (NZD) diikuti oleh AUD seterusnya dolar Kanada (CAD). Matawang paling lemah adalah Yen yang dilihat melemah berbanding matawang-matawang utama yang lain, setakat pada pukul 10.21 malam.

EUR/USD setakat ini naik 0.31%, GBP/USD naik 0.33% dengan AUD/USD dan NZD/USD masing-masing naik 0.74% dan 0.78%.

USD/JPY pula naik 0.23% dengan USD/CHF susut 0.13%.

Ketegangan terhadap perang perdagangan semakin berkurangan selepas ucapan Xi pada pagi Selasa. Beliau berjanji akan mengurangkan tariff terhadap import termasuk produk automobil. Selain itu, beliau juga akan cuba membuka ekonomi China lebih luas lagi.

Matawang yang paling banyak mendapat manfaat daripada pemulihan sentimen ini adalah NZD, AUD dan CAD iaitu tiga matawang komoditi yang sering menguat apabila sentimen beralih kepada Risk-On. Risk-On di sini bermaksud sentimen sedang baik dan pelabur dalam mood mencari keuntungan dan cenderung memegang aset yang lebih berisiko. Sebab itu, indeks saham global ketika ini membuat kenaikan.

Selain itu, komoditi yang banyak membuat kenaikan pada hari ini adalah minyak mentah dunia yang jelas dilihat kepada pergerakan minyak Brent dan WTI.

Euro pukul 7 petang tadi disokong oleh komen salah seorang ahli ECB, Ewald Nowotny. Beliau memberitahu Reuters dalam temubual bahawa $3.10 trillion pembelian bon berkemungkinan dihentikan pada penghujung tahun ini yang mana akan membuka jalan kepada kenaikan kadar faedah yang pertama sejak tahun 2011.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat