Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Pembukaan Pasaran New York

545

US dollar meneruskan kenaikannya berbanding beberapa matawang utama yang lain pada awal sesi New York menjelang rundingan fasa kedua Amerika-China. Pair GBP/USD jatuh sehingga 120 pip, EUR/USD jatuh 119 pip, AUD/USD jatuh 90 pip dan NZD/USD jatuh 70 pip.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain naik 0.82% setakat pada pukul 10.18 malam.

Major pair EUR/USD jatuh 0.66% dengan GBP/USD jatuh 0.58%. USD/JPY pula naik 0.56%, USD/CAD naik 0.80% dan USD/CHF naik 0.21%. AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan kejatuhan 0.89% dan 0.67% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah USD, manakala matawang paling lemah adalah CAD dan AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair USD/CAD naik sehingga 0.80% dengan AUD/USD jatuh 0.89%.

Kenaikan US dollar banyak disebabkan oleh peningkatan hasil-bon 10-tahun AS (US10-year treasury) pada Selasa.

Selepas membuat lonjakan pada pukul 12 tengah hari pada Selasa, kini hasil bon AS ini menyambung kenaikannya sejak pukul 8 malam tadi dan kini mencecah paras yang lebih tinggi iaitu 3.061% berbanding 3.021% tengah hari tadi.

Matawang GBP juga tertekan disebabkan oleh data pekerjaan UK yang dikeluarkan pada pukul 4.30 petang pada Selasa.

Data yang dikeluarkan Pejabat Statistik menunjukkan bacaan yang mengecewakan dengan kadar gaji (Average Earning Index) hanya merekodkan kenaikan 2.6% berbanding jangkaan 2.7%. Data tuntutan pengangguran (Claimant Count) pula menunjukkan pertambahan tuntutan pengangguran yang tinggi sehingga 31,200 berbanding jangkaan 13,300. Kadar pengangguran pula kekal di paras 4.2% menepati jangkaan pasaran dan tidak berubah daripada catatan sebelum ini.

Jelas, dengan pengukuhan US dollar hari ini telah menjadikan matawang komoditi (CAD, AUD, NZD) sebagai matawang yang paling banyak tertekan. Hal ini disebabkan harga komoditi yang menjadi semakin mahal kerana majoriti komoditi di dunia dinilai dalam US dollar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat