Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Awal Sesi New York

858

Matawang US dollar menguat semula berbanding matawang -matawang utama yang lain pada Selasa menjelang mesyuarat Federal Reserve di mana bank pusat Amerika itu dijangka menaikkan kadar faedahnya.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang-matawang lain naik sehingga 0.45% setakat pada pukul 10.55 malam. Ketika ini kenaikan kadar faedah The Fed hampir telah diserap (priced-in) sepenuhnya oleh pasaran.

Apa yang akan jadi tumpuan pasaran dalam pengumuman The Fed? Pasaran ketika ini tidak begitu hairan dengan kenaikan kadar faedah kerana ia sudah dijangka sejak dua bulan lalu. Pasaran akan lebih menumpukan kepada isyarat kenaikan kadar faedah Fed di masa akan datang sama ada terdapat potensi kenaikan lebih daripada 3 kali atau sebaliknya.

Komen pengerusi Fed yang baru Jerome Powell bulan lalu telah memangkin kenaikan US dollar dengan kenyataan yang hawkish. Komen tersebut telah menyebabkan jangkaan pasaran terhadap kenaikan kadar naik daripada hanya tiga kali kepada empat kali pada tahun ini.

Kenaikan US dollar juga dapat dilihat ketika ini dengan kejatuhan EUR/USD sebanyak -0.57% setakat pada pukul 10.55 malam. Pair yang diminati ramai ini jatuh sehingga hampir 100 pip dari paras tertinggi Selasa. Matawang tunggal melemah disebabkan oleh data sentimen ekonomi ZEW yang jatuh begitu banyak seperti yang diumumkan pada pukul 6 petang Selasa yang jelas dilihat dalam Forex Factory.

Matawang GBP juga turut melemah disebabkan data pada Selasa. Bacaan inflasi UK menyusut lebih banyak daripada apa yang dijangka iaitu daripada 3% sebelum ini kepada 2.7% – lebih rendah daripada jangkaan 2.8%. Bacaan kali ini telah mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah Bank of England (BoE) di masa akan datang. Walaupun matawang GBP membuat rally kenaikan pada Isnin disebabkan sentimen positif Brexit, namun ia gagal menghalang kejatuhan GBP yang disebabkan data inflasi yang dikeluarkan pada Selasa.

>>>NAK BELAJAR ANALISIS FUNDAMENTAL? KLIK SINI.<<<

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat