Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

601

Matawang USD didagangkan mengukuh pada hari Rabu menjelang ucapan oleh Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell yang mungkin memberikan pandangan mengenai rancangan bank pusat dalam dasar pengetatan dan reaksi terhadap kritikan baru-baru ini oleh Presiden Amerika Syarikat. Bank pusat FED dijangka menaikkan kadar faedah untuk kali keempat tahun ini pada mesyuarat akan datang pada bulan Disember depan.

Tetapi dengan beberapa komen yang bernada ‘dovish’ oleh beberapa orang penggubal dasar monetari dalam kebelakangan ini telah menimbulkan persoalan bahawa FED mungkin memperlahankan tempo kenaikan kadar faedah dalam kebimbangan pasaran mengenai prospek ekonomi global dan ketegangan perdagangan global yang berterusan. Tambahan lagi, Presiden Donald Trump semalam sekali lagi mengkritik Jerome Powell mengenai polisi semasa bank pusat Federal Reserve.

Antara perkara yang menjadi tumpuan pelabur pada minggu ini adalah sidang kemuncak G20 yang akan berlangsung di Buenos Aires dari 30 November sehinga 1 December. Trump dan rakan sejawatannya dari China, Xi Jinping, dijadualkan untuk membincangkan hal-hal perdagangan yang masih lagi tiada kata putus setakat ini.

Sementara itu dalam perkembangan yang lain, Pound masih lagi terjejas atas faktor pandangan pelabur bahawa Perdana Menteri Britain Theresa May dijangka gagal untuk mendapatkan kelulusan terhadap pelan perjanjian Brexit beliau dalam peringkat parlimen. Dalam sesi dagangan sebentar nanti, antara data ekonomi tumpuan yang menjadi perhatian pedagang adalah bacaan KDNK di Amerika Syarikat yang dijangka mencatatkan angka yang sedikit tinggi daripada bacaan sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat