Sentimen Terkini Pasaran Pada Awal Sesi Asia Hari Isnin

671

US dollar mengukuh berbanding Sterling dan Euro pada Isnin dengan Britain berusaha untuk mendapatkan perjanjian menjelang perhimpunan penting Kesatuan Eropah (EU).

Masalah sempadan Britain dan Ireland telah banyak mempengaruhi perjanjian Brexit. Matawang GBP juga berhadapan tekanan selepas komen yang dibuat oleh bekas menteri luar Boris Johnson pada Ahad.

Boris adalah watak utama dalam kempen untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada tahun 2016 dan dianggap sebagai calon kegemaran untuk menggantikan Perdana Menteri Theresa May.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.11% setakat pada pukul 9.36 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.08%, di mana GBP/USD didagang merosot 0.35%. USD/JPY pula jatuh 0.06%, dengan USD/CAD didagang 0.05% lebih rendah. USD/CHF pula didagang menurun 0.22%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat penurunan 0.07% dan 0.08%.

“Fokus utama Sterling ketika ini adalah Brexit dan data ekonomi mungkin boleh mengalihkan perhatian daripadanya,” demikian kata Kathy Lien pengarah urusan di BK Asset Management. “Masa berjalan dan perjanjian yang semakin hampir dikaburi dengan harapan palsu, pelabur pula hanya menunggu berita rasmi.”

Walaupun greenback menguat berbanding matawang utama yang lain, tetapi ia dilihat melemah berbanding Yen. Matawang JPY telah mengukuh dalam beberapa sesi dagangan sebelum ini dengan peralihan pasaran kepada matawang safe-haven.

Setiausaha Perbendaharaan AS, Mnuchin pada Sabtu mengatakan akan mencegah manipulasi matawang dalam perjanjian perdagangan mereka di masa hadapan. Antara negara yang terlibat adalah Jepun. Komen ini telah menimbulkan kebimbangan terhadap Jepun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat