Serba Dinamik Terima 100% Sokongan Pemiutang Untuk Skim Pengaturannya

734

‘Perghh, masih ramai lagi rupanya yang percaya dengan kemampuan Serba Dinamik rupanya ye.’

Skim pengaturan yang dicadangkan Serba Dinamik Holdings Bhd dan 4 buah anak syarikatnya telah mendapat kelulusan pemiutang.

Difahamkan bahawa skim pengaturan tersebut telah dibuat syarikat rentetan daripada petisyen *penggulungan (winding-up) oleh 6 pemiutang pada April lalu melibatkan tunggakan hutang.

*Petisyen untuk mendapatkan Perintah Mahkamah terhadap sesuatu syarikat yang boleh menyebabkan reputasinya jatuh dan kerosakan pada perniagaan namum masih boleh kekal berdagang.

Menurut sumber, Serba Dinamik perlu mendapatkan sokongan undian sebanyak 75% daripada para pemiutang bagi melaksanakan skim pengaturan hutang tersebut.

Hasil undian yang dilakukan mendapati;

  • Serba Dinamik memperolehi 95.74% sokongan
  • Serba Dinamik Group Bhd (SDGB) menerima 100% sokongan
  • Serba Dinamik Sdn Bhd (SDSB) mendapat 99.21% sokongan
  • SD Controls Sdn Bhd mencapai 86.43% sokongan
  • Serba Dinamik Development Sdn Bhd ( SDDSB) meraih 83% sokongan

Ringkasan mengenai skim pengaturan tersebut akan menyaksikan pemiutang menerima 15% daripada apa yang terhutang oleh Serba Dinamik, SDGB dan SDSB.

Manakala baki 85% lagi akan diselesaikan dalam skim pengaturan lain, yang melibatkan penjualan aset dan aliran tunai perniagaan syarikat, menjelang akhir tahun ini.

Sementara 2 lagi anak syarikat iaitu SD Controls dan SDDSB pula akan membayar sepenuhnya hutang mereka mengikuti skim yang sama.

Suka untuk diingatkan 6 pemiutang yang menfailkan winding-up adalah HSBC Amanah Malaysia Bhd, Ambank Islamic Bhd, Bank Islam Malaysia Bhd, MIDF Amanah Investment Bank Bhd, Standard Chartered Saadiq Bhd dan United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Pada sisi berbeza, Serba Dinamik juga berdepan saman oleh Malaysia Trustees Bhd iaitu pemegang amanah Kertas Komersial Islam (ICP) syarikat bernilai RM100 juta yang mana masih tertunggak.

Dalam pada itu, setakat artikel ini ditulis saham Serba Dinamik diniagakan baik 5.88% pada 9 sen dengan permodalan pasaran berjumlah RM335.45 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat